Powered By Blogger

Thursday, October 23, 2008

Ahhh.....!!!!!!

Dalam mencari sinar yang telahpun kelam selama ini membuat aku dalam di lema. berita- berita yang disiarkan pada waktu perdana begitu memualkan menyebabkan aku terasa tidak ade nikmat lagi di sini. Berita yang dipaparkan tidak seperti berita dahulu kala yang banyak membentuk keperibadian orang ramai, tiada lagi penerangan yang dapat kita hargai bagi menghargai di tanah air kita ini. Ketika ini segala berita yang disampaikan menimbulkan kecelaruan. Kecelaruan yang amat sangat.

Walau apapun perbalahan yang berlaku di dalam dewan sana aku tak perlu tahu, cukuplah sekadar tahu samada keputusan akhirnya nanti adakah ianya memberi manfaat atau mudarat kepada kita semua. Dan dari situ kita dapat menilainya adakah keputusannya itu nanti akan kita nikmati atau kita sengsarai.

Tuesday, September 23, 2008

Kembali Singgah


Assalamualaikum............,,

Waaaaa........... lama dah tak singgah kat sini. Nak jenguk kawan-kawan se blog yang tak pernah aku jumpa. Fuh yooo.... sekarang nih blog makin mengancam dah. Dah macam macam style yang ade,,,, Aku le yang ketinggalan. Malas ya amat aku sejak akhir-akhir nih.... Syahdish... syahdish.....

Aku sebenarnya rasa sedih gak blog aku tak sebagus geng-geng yang lain, Ye le kadang-kadang aku nih bengap jugak dalam bab-bab menulis nih. Pulak lama tak membaca..., Asyik dok main games je (Syh....!!! senyap-senyap.... nanti kantoi)

Apa yang harus aku buat sekarang ye.... Bulan Puasa dah nak habis. Kerja pun dah habis gak.... Dok tercongok menanti projek baru dalam keadaan ekonomi yan g tak berapa mengancam nih..., Kes politik sekarang nih lagi buat aku sakit kepala.............,,, Tak tahu le berapa lama pahat pahat tu nak berbunyi... kot merdu tak pe gak... sumbang ya amat.... ,menakutkan...

Tapi dalam bulan October ni sibuk sikit. byk akitiviti le yang ade..., yang tu nak bertunang, yang ini nak kahwin, yang sane tu nak buat open house.... orang yang ade kat sini nak pergi MEMANCING... hehehe.....

Ape ape hal aku nak ucapkan Selamat hari raya Aidil Fitri kepada kengkawan semua yang mana lalu kat sini. mane mane kengkawan yang kenal aku....

p/s: gambar atas tu kredit kat http://tolahah.fotopages.com/?entry=1314633

Saturday, July 5, 2008

Kesungguhan

Seronok pula bila membaca akhbar Utusan Malaysia hari ini, Dua beradik OKU dapat masuk Universiti Kebangsaan malaysia (UKM). Pesara berusia 71 tahun dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia (USM). Tahniah atas kesungguhan masing-masing. Rasa nak sambung belajar pulak rasanya...

Hehehe....

Friday, May 30, 2008

Dunia (Kisah sedih Khalifah Ali r.a.)


Selepas kegemilangan Islam berlaku pada zaman Khalifah Usman. Maka ketika zaman Khalifah Ali r.a. maka perpecahan dalam Islam timbul. Tipu muslihat digunakan bagi mendapatkan kedudukan dalam pemerintahan sehinggakan Kitab suci Al quran digunakan sebagai satu jalan muslihat demi kepentingan dan menyebabkan perpecahan dalam perpaduan Islam ketika itu. Bagaimana tipu daya Muai'wiyah dan Amru Al Ash telah menyebabkan Khalifah Ali r.a. tidak senang duduk dalam pentadbiran Islam. Terlalu sibuk dalam memperbaiki politik negara yang agak kucar kacir. ketika itu terlalu ramai sangat orang memberikan pendapat dan desakan-desakan dan pemeberontakkan kaum khawarij. Yang akhirnya Khalifah Ali r.a. dipersalahkan dan di bunuh. Rasa geram, terharu timbul dalam hati melihat manusia membuat pelbagai helah demi kepentingan dan kedudukan dalam politik.

Alangkah hodoh dan buruknya Dunia yang di lihat indah ini.
(Berkata Ali kepada Dunia " Mengapa engkau datang memperdayaiku?, Mengapa engkau datang untuk memikat ku?, Jauh Panggang dari Api, aku tidak akan terpengaruh kepadamu. Perdayailah selainku! Pengaruhilah selainku! Aku telah talakmu tiga. Usiamu pendek. Duduk denganmu membawa bencana, dan bahayamu dimana-mana. Aduh! Aduh dari kurangnya bekalan, dan masih jauh pula tempat penujuan, sedang yang mengganggu gugat penuh dalam perjalanan.")

"Jangan kamu meninggalkan amal makruf dan nahi mungkar, sehingga nanti akan berkuasa orang yang jahat di antara kamu, dan kerana itu bila kamu memohon kepada Allah, tiada lagi akan dikabulkan buat kamu oleh Allah." - Wasiat Khalifah Ali r.a.

Rujukan- Sepuluh orang yang di jamin Masuk Syurga-Susunan Syed Ahmad Semait

Tuesday, May 20, 2008

Thursday, May 15, 2008

Boring......


Selepas dah bercuti lama tempohari bila start balik kerja nih rasa boring le pulak. Kerja aku kat Slim River tu pun dah kira habis dah. Dah seminggu dah aku tak tau nak buat apa kat opis nih. Tak pe tak pe. Nanti aku develop semula semangat aku. nanti aku buat perancangan yang bukan-bukan bagi memenuhi masa lapang aku nih. Tapi aku bukak Youtube lagu "Ungu- Andai Ku Tahu". Member aku le, nak buat permintaan pulak dari aku supaya aku bawak lagu nih. (hehehe.....) macam 'pro'.

Jadi aku rasa dah tiba masanya aku aktif semula lah kot kat blog nih. Maklumlah tu hari sibuk sangat, La ni... okey dah... Boleh le start menyibuk balik kat blog. Sementara menunggu assignment aku yang seterusnya.
Kepada kengkawan, teman-teman dan sedara-sedara baru. Terima Kasih bebanyak...

Wednesday, April 2, 2008



Terasa menarik je cerita nih. Rasa nak tengok pulak.

Tut tut.....

Aku dapat rasakan diri aku ni kadang-kadang dah jauh tersasar dari jalan yang sepatutnya aku lalui. Lama dah aku terlupa tentang nikmat yang telah Allah kurniaankan kepadaku. Dimana perginya rasa kesyukuran aku terhadap yang maha esa. Kesilapan demi kesilapan telah aku lakukan menyebabkan aku menjadi bertambah lalai. Baru-baru ni aku dapat email yang mengandungi qasidah-qasidah dari al jenderami, tempat yang selalu aku dengar tapi tak berpeluang nak pergi lagi. Semoga ia dapat memulihkan semangat aku kembali. Dan aku nak share dengan kau orang semua. Nanti lah kalau ade rezeki aku nak gi kat situ satu hari nanti.

Wednesday, March 26, 2008

Ke Kenyir....

Alhamdulillah dengan keizinannya dapat aku pergi ke Tasik Kenyir ketika cuti Maulidur Rasul. Perjalanan menaiki bot selama 4 jam setengah dapatlah aku melihat dan menikmati kebesaran ilahi. Ketika menghirup udara yang segar dan merasai air mineral yang tulen terasa kesegarannya. Walaupun ikan yang aku dapat hanya 2 ekor dan sebesar 2 jari berat pun tak sampai 200 gram tapi dari segi ketenangan, kedamaian disitulah tempatnya. 2 malam duduk didalam bot sambil mencuba nasib memancing ikan yang bermain-main dikeliling bot kalau dapat boleh le goreng. hehehe....

Tuesday, March 4, 2008

Tinggal Sedikit...

Diam tak diam. sedar tak sedar projek aku kat Slim river dekat nak siap. Setahun lebih aku kat sini untuk membantu menyiapkan kerja pembesaran jalan Lebuhraya Utara Selatan. Insya'alah dalam penghujung bulan empat ni maka tamat lah tugas-tugas utama di sini. Yang tinggal hanyalah kerja-kerja pemeliharaan dan penyelenggaraan. Lepas nih kemana hala tuju aku hanya Allah yang tahu. Aku mengharapkan kerja-kerja yang lebih menarik akan menanti diriku nanti.

Bagi kepada para sahabat yang sentiasa menggunakan lebuhraya tu. seribu kemaafan dari aku kerana banyak menyusahkan kau orang semua. Dah diaorang dah serahkan tugas kepada kau terpaksa le aku laksanakannya. Sehebat mana pun projek yang aku lakukan namun tak sehebat ciptaan Allah, Maafkanlah diri aku yang tak sempurna ini........

Tuesday, February 26, 2008

Hmmmm2...............

Bismillahirahman nirahim.
Semalam ada seorang sahabat menunjukkan aku sebuah buku tulisan Dr. Hamka, "Tasauf moden". Apa itu tasauf pun aku tak pasti sangat tapi pada hari ni bila aku menyelak buku tu. ada beberapa perkara yang menarik perhatian aku. Pasal keluarga, kesihatan dan sebagainya. aku ni dah lah jenis tak rajin membaca. Dah berapa banyak buku yang aku beli lepas tu berselerak je kat dalam bilik tu. Yang abang yang menjual buku tu pulak selalu carik aku.Tengok abang tu kesian pulak, entah datang dari mana aku tak pasti, Tak pe lah beli je le. Pagi tadi bila aku bangun aku melihat diri aku ni punyalah jauh tersasar dari landasan. Kenapa le aku ni menjadi seorang yang tak bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan. Tapi ketika dalam kesusahan dahulu punya berusaha aku memohon agar dapat diperkuatkan diri ini. Bila dah stabil mula le jadi leka, mula le jadi huru hara semula. Blog pun dah lama tak masuk. Cita-cita tu dah tersasar. Dulu aku nak jadikan Blog ni ,macam library jadi bolehlah aku singgah link-link yang penuh dengan ilmu... tapi dah lari dah. Kurang berminat nak Bukak komputer. Main games tak pe...
Bila aku merenung kembali segala yang aku buat selama ini banyak melakukan banyak dosa dari mengumpulkan pahala. Lagi Lama aku hidup lagi banyak dosa. Sembahyang lima kali je sehari. Dosa pulak bertambah melambak-lambak tiap tiap hari. Neraka jugak akhirnya kehidupan aku nanti. Nauzubillah... Kena sudu panas pun aku dah tak tahan. Inikan pulak kena panas neraka tu. Yang sedihnya tak sedar-sedar jugak lagi tu. masih lagi dok melakukan kesalahan-sesalahan lagi .

Monday, February 4, 2008

Hmm....

Pagi tadi selepas solat subuh, dengan izin Allah s.w.t. yang memberikan ruang sedikit ruang kepadaku dan dapatlah aku membaca sedikit buku yang aku beli semalam "Hakikat Kehidupan Duniawi" Tulisan Harun Yahya. Ada suatu perkara yang menyentuh hati aku yang telah disebutkan oleh penulis dalam bab pengenalan. Ia memberitahu bahawa walaupun ramai orang mengaku bahawa alam semesta ini dijadikan oleh Allah,tetapi masih tidak memahami pengaruh dari kesan kebenaran tersebut terhadap kehidupan mereka. Masih lagi tidak tahu mensyukuri, masih mengengkari dan selengah-lengahkan suruhannya.

Dan disertai dengan Ayat Al Quran, yang bermaksud :

Dan sesungguhnya jika kamu bertanya kepada mereka,"Siapakah yang menciptakan langit dan Bumi?" tentu mereka akan menjawab; "Allah". Katakanlah " Sesungguhnya segala puji bagi Allah" tetapi kebanyakkan mereka tidak mengetahui. Surah Luqman ayat 25

Dan Sungguh jika kamu bertanya kepada mereka;" Siapakah yang menciptakan mereka,nescaya mereka menjawab "Allah", maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan (dari menyembah Allah)

Sedih betul bila memikirkan kenapa kita ini selalu lari (berpaling) dari Rahmat Allah. Ketika majlis ilmu diadakan, para malaikat akan turut serta didalam majlis ilmu tersebut dan mengerbangkan sayapnya dan pada ketika itu juga kita melarikan diri dari majlis tersebut kerana sibuk hal duniawi, berpaling daripada rahmatnya. ketika habis solat Jumaat kita berlumba-lumba keluar bagi menyambung urusan duniawi kita padahal ketika itu berapa banyak rahmat yang Allah taburkan selepas solat Jumaat. Kenapa kita tidak dapat merasai kemanisan, keharuman dan kenikmatan yang Allah s.w.t. taburkan kepada kita ini pada ketika itu. Kenapa keduniaan juga yang nak kita kejarkan itu padahal kita akan meninggalkan dunia untuk selama-lamanya nanti.

Wednesday, January 23, 2008

Cahaya

Bismilahirahmannirahim..,

Apabila ada orang mintak aku terangkan apa ilmu yang aku dapat dalam kuliah ruhaniyyah baru-baru ini aku rasa serba-salah. Takut tersalah memberi penerangan. Kitab al-hikam -ibnu Ata'illah As Sakandari merupakan kitab yang cukup Hebat dan istimewa. Ia seumpama lautan Luas tidak akan kering yang didalamnya penuh dengan Khazanah yang tak ternilai harganya. Lagipun aku bukannya ahli yang boleh menjelaskan sebaik mungkin kitab tersebut.

Kali ini ia menceritakan tentang 'Nur'. Nur yang dicampakkan oleh Allah s.w.t. kedalam hati kita yang membuka dan menerangkan benda-benda yang samar-samar. yang menjadi tentera hati dan menjadi musuh tentera nafsu. Yang menjadi kenderaan hati yang membimbing kita hampir kepada Allah s.w.t. Cahaya yang mendidik mata hatinya(Basirah) dan melihat amalan semuanya kurnia daripada Allah s.w.t. dan bergembira dan sentiasa bersyukur keatas kurniaan itu.

Nasihat yang aku terima dari Kuliah tersebut Hendaklah kita bermohon kepada Allah s.w.t. agar mencampakkan nur itu kedalam hati kita. Sekiranya Allah mengkehendakinya dah tentu ia akan mencampakkan kepada sesiapa yang dikehendakinya(dikasihinya). Kita juga hendaklah memohon kepada Allah s.w.t. agarkan dicampakkan 'nur' sebanyak-banyaknya kepada kita dan apabila diperolehi hendaklah dijaga sebaik-baiknya agar ianya selama-lamanya kekal bercahaya kerana cahaya itu akan hilang jika kita tidak memeliharanya. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah s.w.t.

"Ya Allah, jadikanlah cahaya hatiku, cahaya dikuburku, cahaya dihadapanku, cahaya dibelakangku, cahaya dikananku, cahaya dikiriku, cahaya diatasku,cahaya dibawahku, cahaya pada pendengaranku, cahaya pada penglihatanku, cahaya pada rambutku, cahaya pada kulitku, cahaya pada dagingku, cahaya pada darahku,cahaya pada tulang-tulangku,Wahai tuhan besarkanlah bagi cahaya dan berikanlah bagi cahaya dan jadikanlah padaku cahaya dan tambahkan aku cahaya dan tambahkan aku cahaya."


Monday, January 21, 2008

Keistimewaan Jumaat

Setelah mendengar Kuliah tentang Adab-adab Jumaat yang disampaikan oleh Syekh Fahmi Zam-Zam terasa pulak bagusnya kalaulah hari Jumaat itu diistiharkan sebagai cuti umum tiap-tiap minggu menggantikan hari Ahad. jadi bolehlah kita memaksimumkan apa yang diunjurkan dari "hidayatus Salikin Fi Suluki Maslakil-Muttaqin". Aku akan cuba semampu mungkin untuk menuruti seberapa banyak yang boleh daripada dua puluh adab yang dinyatakan dalam kitab tu jika diberi kesempatan oleh Allah s.w.t. sebab menurut Imam al Ghazali rahimhullahu taala "Hari Jumaat tu satu hariraya daripada beberapa Hariraya sekelian mukminin, iaitu hari yang mulia, Penghulu segala Hari." (Yang ni aku tambah sendiri)

Walau bagaimanapun aku rasa kita semua berpeluang melakukannya sekali sebab tahun Baru Cina ni pada Hari Khamis dan Jumaat(7th-8th Feb 2008). Semoga Allah permudahkan. Kalau boleh kita mintak cuti pada hari Jumaat minggu depannya (15th Feb 2008) sebab waktu tu Insyaallah dijadualkan Ulama Besar Al-Habib Umar Al Hafidz akan datang ke Malaysia (Masjid Al Falah,Seksyen 9 Subang Jaya). Jadi boleh duduk kat Masjid Al Falah tu dari pagi sehinggalah ke malam (sampai tamat Majlis bersama Ulama Besar tu). Insyaallah boleh dapat Pahala seolah-olah menyembelih korban seekor unta atau Lembu atau Kambing biri-biri yang bertanduk (Sekiranya datang masjid Awal pagi), dapat Pahala Umrah (sekiranya menunggu sehingga solat Asar), dan dapat Pahala Haji dan Umrah (sekiranya menunggu sampai solat maghrib) lepas tu disambung pulak dengan Majlis bersama Ulama yang mana pada ketika itu Para malaikat juga turut serta di dalam majlis itu.

Jadual ziarah ulama besar tersebut klik disini

(Gambar sebelah di ambil dari Blog http://www.majelisrasulullah.org/ )

Saturday, January 19, 2008

Pembetulan


Dalam kuliah tafsir yang aku hadiri baru-baru ini (Surah Al-Furqan Ayat 63-67) yang menyentuh Hamba Allah yang soleh (Ibadu Rahman) iaitu :
1. Orang-orang yang berjalan dimuka bumi dengan tidak menyombong diri(Takabur)
2. Jika dia bertengkar dengan orang jahil, ia mengucapkan "selamat" dan tidak mahu membuang masa membantah dengan mereka.
3. Sentiasa bersujud di malam hari dan sembahyang kepada Allah.
4. Sentiasa memohon kepada Allah agar dihindarkan dari siksa neraka.
5. orang yang suka menafkahkan hartanya, tidak kikir dan tidak pula boros.

Dalam kuliah tersebut Ustaz ada menerangkan maksud "hamba" didalam tafsiran tersebut yang merujuk kepada istilah kemuliaan, kerana kita menjadi Hamba kepada Allah yang maha penyayang. Tetapi kalau istilah "Hamba" ni kalau merujuk kepada Hamba kepada manusia, dunia dan harta ia merupakan satu kehinaan. Jadi aku ingin merujuk kembali kepada posting aku yang lepas "Pekerti" yang menyatakan "Pesuruh" itu merujuk kepada martabat yang rendah. Ia rendah kepada mahluk tetapi sekiranya merujuk kepada "pesuruh kepada Allah" ialah satu kemuliaan bukannya kehinaan. Mohon maaf diatas pemikiran ku yang tidak sempurna itu.

Tuesday, January 15, 2008

Pengalaman Seram.


Hujung Minggu lepas aku pergi memancing kat Pulau Sembilan. Rupanya-rupanya ade sembilan pulau yang kecik-kecik kat sana patut le dipanggil Pulau Sembilan. Tak banyak pun hasil yang aku dapat. Pemancing Amatur macam aku nih ikan-ikan tu tak berani nak makan pancing aku. Tak pe lah sebahagian dari Riadah. Selesai memancing aku pun berangkat balik le. Pergi Ipoh Jap. Mandi-mandi kat rumah kawan lepas tu bergerak balik. Aku berhenti kat Simpang Pulai makan. Kat gerai tu aku sorang jadi pelanggan dia. Pada hari tu rezeki aku kat gerai tu dan pemilik kedai tu memperolehi rezekinya melalui aku. Mungkin selepas aku meninggalkan gerai tu ramai lagi kot pelanggan yang datang makan disana.
Aku berhenti di Tapah solat Jamak Isyak dan Maghrib. Sunyi Masjid tu. Mungkin dah pukul 10 malam kot. Meremang tengkuk aku. Dengan keadaan yang gelapnya. Dengan cahaya lampu neon yang berbalau-balau. Takut betul aku waktu tu. Masuk toilet sunyi. Terdengar bunyi cengkerik yang cukup ngaring. Aku kuatkan semangat sebab aku tahu aku berada di rumah Allah. Selepas berwudu' aku pun masuk le ke dalam Masjid nak bersolat. Terkejut aku di dalam masjid tu ada seorang hamba Allah duduk kusyuk bertafakur, beriktikaf. Hebat sahabat tu. Dia tak takut gelap. Dia lebih takutkan Allah s.w.t. Selepas solat aku pun meninggalkan masjid tu terus balik ke rumah.

Saturday, January 12, 2008


" Kemudian Dia sempurnakan (kejadiaannya) dan dia tiupkan ruh kedalamnya, dan dia adakan untukmu pendengaran, penglihatan dan hati. Tetapi sedikit diantara kamu yang berterima kasih (kepadanya)"

Surah Sajadah Ayat 9

Wednesday, January 9, 2008

Pekerti

Bismillahirahman nirahim...

Ketika Aku melafazkan dua kalimah syahadah "Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah." Terlintas dalam kepala aku kepada Hanya sekadar `Pesuruh' Allah sahaja. Nampak rendahnya martabat tu. Tetapi begitulah hebatnya pekerti Nabi Muhammad s.a.w. Ia tidak menganggap dirinya itu sebagai kekasih Allah padahal kita semua mengetahui dimana kedudukan kekasih kita itu. Tetapi ia menganggap dirinya hanyalah sebagai pesuruhnya sahaja.

Ia mengingatkan Aku dengan ceramah yang pernah aku dengar yang telah disampaikan oleh Habib Salim kalau tak silap aku suatu ketika dahulu sewaktu Israk Mikraj dimana ketika itu Nabi Muhammad s.a.w. nak bertemu Allah untuk menerima perintah sholat, Rasullullah terus sujud dan berkata, "Segala kehormatan,segala keberkatan,segala solat(selawat,doa),segala kebaikkan itu kepunyaan Allah", setelah menyatakannya beberapa kali lalu Allah s.w.t. memberi salam kepadanya " Sejahteralah engkau wahai Nabi,dan rahmat Allah dan berkatnya", Nabi Muhammad s.a.w. dengan rendah diri memohon kepada Allah agar kesejahteraan itu dilanjutkan kepada Para nabi dan para hamba Allah yang soleh dengan berkata "Sejahteralah kami (Para Nabi) dan sejahteralah juga Para Hamba Allah yang soleh." (Bacaan yang berwarna diatas adalah 3 ayat pertama dalam bacaan tashayyud.) Sekali lagi kita melihat betapa hebatnya pekerti Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak memandang dirinya tinggi. Hanyalah sekadar menjadi hambanya. Itu tak termasuk bagaimana ibadat baginda sehingga bengkak kaki-kakinya.
Jadi dimanakah kedudukkan kita ini. Kita hanyalah umat manusia yang bercita-cita dan berharap akan diterima sebagai umatnya.

Tuesday, January 8, 2008

Belenggu


Selalunya orang sering terpengaruh dengan isu-isu semasa. Masing-masing teruja dan berminat sesuatu perkara itu berdasarkan perkara-perkara terbaharu yang dipaparkan dalam akhbar-akhbar.Besar betul pengaruh media. Ia banyak membina kecenderungan manusia terhadap minat sesuatu perkara. Panas seketika. Dan akhirnya sejuk apabila mereka tidak lagi memperkatakan isu itu. Atau mereka semua telah muak tentang perkara tersebut. Mereka memerlukan perkara yang baru-baru, Yang panas-panas, yang sensasi untuk menghidupkan mereka. Simpati mereka, Keperihatinan mereka.
Itulah sifat am manusia. Tak ramai yang konsistent. Aku masih ingat dengan apa yang aku baca dalam buku "7 habits of highly effective people" berkenaan sifat-sifat "circle of concern" dan "circle of influence". Dimana "circle of influence" banyak membina jati diri ini. tidak terpengaruh dengan pengaruh persekitaran dan bebas dari belenggu. Ia banyak menfokuskan dengan apa kekuatan diri yang kita ada dan bergerak dari situ. Sekiranya kita sentiasa fokus secara tak langsung belenggu-belenggu akan lebih mengecil dan akhirnya kita bebas dari belenggu itu. Dan kita akan menjalani hidup kita mengikut acuan diri kita sendiri dan bukanlah dari ilham orang lain, bukan dari dorongan orang lain. Ianya dari kita sendiri.
Tapi perlu di ingat segala kelebihan kita itu adalah pemberian Allah swt. Asas itu cukup penting. Kita kena akur dan tak boleh lari dari hakikat itu. Ianya akan mengajar kita tentang nikmat bersyukur apabila kita berjaya dan nikmat bersabar apabila di timpa musibah.
Aku tertarik dengan apa yang aku baca dalam terjemahan surah al kahfi (ayat 32-42) yang menceritakan tentang dua orang lelaki bersaudara bernama Qathus (Kafir) dan Yahuza (Mu'min) yang mewarisi harta pusaka yang sama banyak. Qathus membeli tanah yang luas untuk dijadikan kebun dan Yahuza habis digunakan untuk dikorbankan pada amalan sosial. Qathus merasa bongkak kepada Yahuza dengan kekayaan yang dia miliki hasil dari usahanya. Tak lama kemudian datanglah bahaya yang tidak disangka dan telah memusnahkan kesemua kebunnya. Maka timbulllah keinsafan pada dirinya dan menyesali diri. Jadi kita harus insaf bahawa segalanya milik Allah swt . Dan Allah boleh menarik balik nikmat yang telah dia berikan dengan sekelip mata sahaja.

Monday, January 7, 2008

Khusyuk

Aku boleh khusyuk menyanyi, aku boleh khusyuk main gitar, aku boleh khusyuk main komputer games, aku boleh khusyuk baca buku novel tetapi aku tak boleh khusyuk ketika bersolat dan aku tidak boleh khusyuk ketika membaca buku-buku ilmu.

Jadi dari mana datangnya rasa seronok yang boleh menimbulkan kekhusyukkan itu. Sehinggakan kita tidak menyedari apa yang telah berlaku disekeliling kita.

Alangkah indahnya sekiranya kekhusyukkan itu aku dapat lakukan sesempurnanya ketika beribadat. Alangkah indahnya kalau aku mengetahui rahsia kekusyukkan itu.

Yang aku tahu kita akan rasa khusyuk kalau kita suka benda itu. Aku suka mencari ilmu. aku suka bersolat. aku nak jadi pandai. aku nak menjadi hamba Alah yang berilmu. Aku nak kan syurga Allah. Tak terhingga nikmatnya yang ada pada syurga Allah. Dah sepatutnya aku akan berusaha bersungguh sungguh untuk mencapainya. Sesungguh mana pun aku usaha aku masih lagi belum mampu sampai tahap kusyuk itu yang membuatkan aku nak mengerjakannya bersungguh. Tetapi benda yang menghala keduniawi mudah betul aku nak membina kekhusyukkan itu. Dahsyat betul tipu daya iblis itu.

Atau Cintaku kepada Allah dan cintaku kepada ilmu masih lagi ditahap yang cukup lemah.

"Sesungguhnya kami jadikan apa yang dimuka bumi sebagai perhiasan,supaya kami uji,manakah diantara mereka,orang yang lebih baik amalannya."
Surah Al-kahfi Ayat 7

Saturday, January 5, 2008

Melayang




"Orang yang Bijak ialah orang yang bercakap tentang ilmu"

Alangkah mulianya aku menjadi orang yang bijak, bercakap tentang ilmu meneliti dan mentafsir segala kejadiaan pada Alam ini. Walaupun dunia ini hanyalah persinggahan sementara namun kita harus berusaha mendapatkan manfaat terhadap apa yang terjadi.

Pagi tadi aku banyak termenung bila memikirkan kewujudan pelbagai species haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Aku cuba memikirkan bagaimana peranan mereka dalam alam ini bagi menstabilkan keseimbangan alam. Aku juga cuba berfikir peranan mereka terhadap manusia. Daripada sekecil-kecil haiwan dan tumbuhan sehingga sebesar besarnya. Dah tentu ada sebab kenapa ianya diciptakan oleh Allah swt. Kehadiran burung-burung yang pelbagai species juga ada sebabnya. Peranan Binatang-binatang buas seperti harimau ,singa dalam menstabilkan kehidupan manusia. Begitu juga tumbuh-tumbuhan yang pelbagai jenis, ada yang menjadi penawar ada yang menjadi racun, ada yang berduri. Masing-masing ada peranan. "Jadi Mengapa kita ni tidak berfikir".

Seperti juga kehadiran kita diatas muka bumi ini pun ada tugas-tugas yang tertentu yang harus kita lakukan. Tak kiralah siapa kita ini dan sebesar mana jawatan yang kita ada dan setinggi mana ilmu yang kita ada namum kita mempunyai peranan dan tugas masing-masing yang telah ditetapkan bagi menyeimbangi dunia ini. Betapa unik nya setiap kita ini. Kenapa kita tidak menyedari tugas-tugas yang harus kita lakukan dan kita masih lagi lalai menunaikan segala tanggungjawab yang telah di amanahkan kepada kita. "Mengapa kita tidak berfikir"

Betapa besar nikmat yang telah Allah berikan kepada kita ini. Jadi kenapa kita masih lagi lalai dan leka dalam mengerjakan apa sahaja suruhannya. Dan mengapa kita masih lagi tidak mengerti dan juga tidak memahami.

Friday, January 4, 2008

Keutamaan Juma'at


Dan pada hadists yang diriwayatkan oleh Anas daripada Nabi saw, bahwa Nabi saw bersabda : " Datang kepadaku Jibrail as. dan pada tangan nya sebuah cermin putih,seraya berkata: " Inilah juma`at, yang diwajibkan keatas engkau oleh Tuhan Engkau,untuk menjadi hari raya bagi engkau dan ummat sesudah engkau". Lalu aku menjawab:" Apakah yang ada untuk kami pada hari juma`at itu?"

Menjawab Jibrail:" Engkau mempunyai waktu yang baik.Barang siapa berdo`a padanya kebajikan,niscaya akan dianugerahkan oleh Allah akan dia.Atau dia tiada memperolehi bahagian, maka disimpankan oleh Allah baginya, yang lebih besar. Atau berlindung ia daripada kejahatan yang telah dituliskan kepadanya,nescaya dilindungi Allah yang lebih besar dari kejahatan itu. Hari Juma`at adalah segala hari bagi kita. Kita bermohon kepada Allah, pada hari akhirat,akan menjadi hari kelebihan!".

Lalu Aku bertanya : "Mengapa demikian?".

Maka Menjawab Jibrail as. " Sesungguhnya Tuhan engkau 'Azza wa Jalla telah menjadikan syurga sebuah lembah yang luas,dari Kasturi putih. Maka apabila datang hari Juma`at,nescaya turunlah ia dari syurga yang tinggi di atas kursiNya. Lalu jelaslah ia akan mereka,sehingga mereka memandang kepada wajahnya yang mulia"

Rujukan : Ihya Ulumiddin Jilid 1

Thursday, January 3, 2008

Selamat Tinggal 2007

Tahun baru bermula.Aku memulai dalam keadaan demam. Tak sihat. Sampai hari nih aku masih lagi belum segar sepenuhnya. Tu hari Aku mengadu dengan Uwan ku. "Uwan, Badan rasa tak cukup segarlah" Lantas Uwan ku menjawab"Tak pe,Diberikanlah kepada kita nih sakit sekali sekala, Dugaan". Aku hanya boleh senyum je le. Hebat kena penangan orang lama-lama nih. Sinis..
Tahun 2008 nih aku tak mau letak matlamat lah... Aku cadang nak letakkan matlamat bermula dari Awal muharram 1429(10th January 2008) sehingga Awal muharram 1430 (29th December 2008). Dan Aku Berazam nak jadi lebih baik sikit dari tahun nih. Tahun nih aku bercadang nak mempertingkatkan lagi usaha untuk menghadiri majlis-majlis ilmu. Nak memperbanyakkan lagi membaca buku-buku yang bermanfaat. Nak memperbanyakkan melakukkan perkara-perkara yang baik dan meniggalkan perkara-perkara yang mungkar. Nak meningkatkan lagi jarak larian yang mampu aku tempohi. Nak menambahkan lagi hasil tangkapan ikan dari pelbagai jenis spesis. Tapi umur kita makin meningkat. Kederat kita makin tak larat. Dari segi mana agaknya tahap kita akan dipertingkatkan.

Semoga Allah mempermudahkan segala usaha kita serta segala cita-cita kita.