Powered By Blogger

Tuesday, January 8, 2008

Belenggu


Selalunya orang sering terpengaruh dengan isu-isu semasa. Masing-masing teruja dan berminat sesuatu perkara itu berdasarkan perkara-perkara terbaharu yang dipaparkan dalam akhbar-akhbar.Besar betul pengaruh media. Ia banyak membina kecenderungan manusia terhadap minat sesuatu perkara. Panas seketika. Dan akhirnya sejuk apabila mereka tidak lagi memperkatakan isu itu. Atau mereka semua telah muak tentang perkara tersebut. Mereka memerlukan perkara yang baru-baru, Yang panas-panas, yang sensasi untuk menghidupkan mereka. Simpati mereka, Keperihatinan mereka.
Itulah sifat am manusia. Tak ramai yang konsistent. Aku masih ingat dengan apa yang aku baca dalam buku "7 habits of highly effective people" berkenaan sifat-sifat "circle of concern" dan "circle of influence". Dimana "circle of influence" banyak membina jati diri ini. tidak terpengaruh dengan pengaruh persekitaran dan bebas dari belenggu. Ia banyak menfokuskan dengan apa kekuatan diri yang kita ada dan bergerak dari situ. Sekiranya kita sentiasa fokus secara tak langsung belenggu-belenggu akan lebih mengecil dan akhirnya kita bebas dari belenggu itu. Dan kita akan menjalani hidup kita mengikut acuan diri kita sendiri dan bukanlah dari ilham orang lain, bukan dari dorongan orang lain. Ianya dari kita sendiri.
Tapi perlu di ingat segala kelebihan kita itu adalah pemberian Allah swt. Asas itu cukup penting. Kita kena akur dan tak boleh lari dari hakikat itu. Ianya akan mengajar kita tentang nikmat bersyukur apabila kita berjaya dan nikmat bersabar apabila di timpa musibah.
Aku tertarik dengan apa yang aku baca dalam terjemahan surah al kahfi (ayat 32-42) yang menceritakan tentang dua orang lelaki bersaudara bernama Qathus (Kafir) dan Yahuza (Mu'min) yang mewarisi harta pusaka yang sama banyak. Qathus membeli tanah yang luas untuk dijadikan kebun dan Yahuza habis digunakan untuk dikorbankan pada amalan sosial. Qathus merasa bongkak kepada Yahuza dengan kekayaan yang dia miliki hasil dari usahanya. Tak lama kemudian datanglah bahaya yang tidak disangka dan telah memusnahkan kesemua kebunnya. Maka timbulllah keinsafan pada dirinya dan menyesali diri. Jadi kita harus insaf bahawa segalanya milik Allah swt . Dan Allah boleh menarik balik nikmat yang telah dia berikan dengan sekelip mata sahaja.

No comments: