Alangkah mulianya aku menjadi orang yang bijak, bercakap tentang ilmu meneliti dan mentafsir segala kejadiaan pada Alam ini. Walaupun dunia ini hanyalah persinggahan sementara namun kita harus berusaha mendapatkan manfaat terhadap apa yang terjadi.
Pagi tadi aku banyak termenung bila memikirkan kewujudan pelbagai species haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Aku cuba memikirkan bagaimana peranan mereka dalam alam ini bagi menstabilkan keseimbangan alam. Aku juga cuba berfikir peranan mereka terhadap manusia. Daripada sekecil-kecil haiwan dan tumbuhan sehingga sebesar besarnya. Dah tentu ada sebab kenapa ianya diciptakan oleh Allah swt. Kehadiran burung-burung yang pelbagai species juga ada sebabnya. Peranan Binatang-binatang buas seperti harimau ,singa dalam menstabilkan kehidupan manusia. Begitu juga tumbuh-tumbuhan yang pelbagai jenis, ada yang menjadi penawar ada yang menjadi racun, ada yang berduri. Masing-masing ada peranan. "Jadi Mengapa kita ni tidak berfikir".
Seperti juga kehadiran kita diatas muka bumi ini pun ada tugas-tugas yang tertentu yang harus kita lakukan. Tak kiralah siapa kita ini dan sebesar mana jawatan yang kita ada dan setinggi mana ilmu yang kita ada namum kita mempunyai peranan dan tugas masing-masing yang telah ditetapkan bagi menyeimbangi dunia ini. Betapa unik nya setiap kita ini. Kenapa kita tidak menyedari tugas-tugas yang harus kita lakukan dan kita masih lagi lalai menunaikan segala tanggungjawab yang telah di amanahkan kepada kita. "Mengapa kita tidak berfikir"
Betapa besar nikmat yang telah Allah berikan kepada kita ini. Jadi kenapa kita masih lagi lalai dan leka dalam mengerjakan apa sahaja suruhannya. Dan mengapa kita masih lagi tidak mengerti dan juga tidak memahami.
No comments:
Post a Comment