Powered By Blogger

Wednesday, January 23, 2008

Cahaya

Bismilahirahmannirahim..,

Apabila ada orang mintak aku terangkan apa ilmu yang aku dapat dalam kuliah ruhaniyyah baru-baru ini aku rasa serba-salah. Takut tersalah memberi penerangan. Kitab al-hikam -ibnu Ata'illah As Sakandari merupakan kitab yang cukup Hebat dan istimewa. Ia seumpama lautan Luas tidak akan kering yang didalamnya penuh dengan Khazanah yang tak ternilai harganya. Lagipun aku bukannya ahli yang boleh menjelaskan sebaik mungkin kitab tersebut.

Kali ini ia menceritakan tentang 'Nur'. Nur yang dicampakkan oleh Allah s.w.t. kedalam hati kita yang membuka dan menerangkan benda-benda yang samar-samar. yang menjadi tentera hati dan menjadi musuh tentera nafsu. Yang menjadi kenderaan hati yang membimbing kita hampir kepada Allah s.w.t. Cahaya yang mendidik mata hatinya(Basirah) dan melihat amalan semuanya kurnia daripada Allah s.w.t. dan bergembira dan sentiasa bersyukur keatas kurniaan itu.

Nasihat yang aku terima dari Kuliah tersebut Hendaklah kita bermohon kepada Allah s.w.t. agar mencampakkan nur itu kedalam hati kita. Sekiranya Allah mengkehendakinya dah tentu ia akan mencampakkan kepada sesiapa yang dikehendakinya(dikasihinya). Kita juga hendaklah memohon kepada Allah s.w.t. agarkan dicampakkan 'nur' sebanyak-banyaknya kepada kita dan apabila diperolehi hendaklah dijaga sebaik-baiknya agar ianya selama-lamanya kekal bercahaya kerana cahaya itu akan hilang jika kita tidak memeliharanya. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah s.w.t.

"Ya Allah, jadikanlah cahaya hatiku, cahaya dikuburku, cahaya dihadapanku, cahaya dibelakangku, cahaya dikananku, cahaya dikiriku, cahaya diatasku,cahaya dibawahku, cahaya pada pendengaranku, cahaya pada penglihatanku, cahaya pada rambutku, cahaya pada kulitku, cahaya pada dagingku, cahaya pada darahku,cahaya pada tulang-tulangku,Wahai tuhan besarkanlah bagi cahaya dan berikanlah bagi cahaya dan jadikanlah padaku cahaya dan tambahkan aku cahaya dan tambahkan aku cahaya."


1 comment:

Mita said...

renungan yang menarik..