Powered By Blogger

Tuesday, September 25, 2007

Akhir Zaman

Selalu aku merenung kan kehidupan diakhir zaman ini. bagaimana agaknya islam nak mencapai kemenangan nanti sentiasa bermain di fikiran ku. Kita dijanjikan oleh Allah tentang kehadiran imam mahadi bagi menyelamatkan umat manusia pada akhir zaman nanti. Apakah keistimewaan yang ada pada diri imam besar ini sentiasa menarik perhatian ku, sebab kelebihan yang ada pada dirinya dapat membuka mata ramai umat manusia supaya kembali kepada Islam, sehingga dapat menerima Islam dan dapat memberi kemenangan kepada Islam.

Islam tak akan berjaya melalui perpaduan sebab aku masih ingat terhadap sepotong hadis berkaitan permintaan Rasullulah terhadap umatnya di akhir zaman. Ada 3 permintaan dan 1 telah ditolak oleh Allah yakni meminta supaya umat Islam bersatu. Satu lagi hadis yang manarik minat aku kaumnya tidak akan tersesat selagu berpegang kepada dua perkara. Alquran dan Al sunnah. Jadi aku jangkakan itulah tunjang kejayaan Islam nanti.

Kita selalu mendengar bahawa pihak musuh yang sentiasa mencari peluang bagi menjahanamkan orang -orang Islam melalui secara terrang-terangan atau secara halus-halusan. Mereka yang mampu dikalahkan melalui hiburan dan keseronokan maka ditambahkan lagi keseronokan itu Menjadikan kita lalai dan rosak binasa... Yang tak boleh dilakukan begitu maka diperangi secara terang-terangan dengan membina slogan berperang untuk keamanan sejagat.

Allah sahaja yang dapat menyelamatkan kita nanti. Suatu hari nanti akan berlakulah suatu perubahan yang tak terjangkau oleh fikiran manusia bagi mengembalikan kegemilangan Islam. Aku rindukan saat itu. Sebab aku sentiasa memikirkan kaedah-kaedah yang dapat menyelamatkan umat Islam Walaupun aku bukannya seorang penyelamat... dan aku pun tak tahu samada aku selamat atau tidak..

Friday, September 21, 2007

Al fatihah untuk Nurin Jazlin

Salam takziah untuk keluarga diatas pemergian Nurin Jazlin
Semoga Roh Nurin Jazlin dicucuri rahmat... al fatihah...

Aku terjumpa satu blog yang mengikuti dari mula ianya hilang sehingga di sahkan melalui ujian DNA.. Sila click sini. Ianya hilang pada 20 August 2007 dan disahkan ujian DNA pada 20 September 2007. Cukup satu bulan.

p/s: Kalau rajin sikit jom kita hadiahkan bacaan yasin kepada arwah...,

Wednesday, September 19, 2007

Jom Memeriahkan Masjid


"jangan lupa kau ajak diaorang jemaah kat masjid" SMS Bapa Saudaraku
Adus... bunyi macam senang.., aku pun reply
"Tak mampu nak tulis artikel yang memboleh mereka berminat pergi masjid"
"Kat masjid baru islam kuat,Tak pe, biar kita yang jahil nih lah pergi masjid, semoga niat kita diredhai Allah, Insyaallah" Tambahnya lagi..

Apa aku nak buat, aku tak de ilmu nak menarik minat orang supaya sukakan masjid.., rasa seronok duduk kat masjid.., rasa seronok solat jemaah kat masjid...,

Apa yang aku boleh cakap duduk kat masjid memang seronok, Aku pun bermula sebagai seorang yang tidak rasa selesa duduk kat masjid, rasa macam masjid tu telah mengongkong kebebasan aku.., Rasa macam lemas berada kat sana.., Tapi bila aku mula mengenali masjid baru aku tahu tak de sape pun kacau kita kat masjid.., kita lebih rasa damai..., ruangan yang luas jadi pengudaraan yang mencukupi supaya badan kita rasa segar.., Boleh membaca, boleh berfikir, boleh mencari ilham..., Kadang kadang ada kuliah..., ianya lebih indah dari cerita spiderman kat wayang...,

Solat kat rumah sorang-sorang kita akan sediakan suatu ruang kecil disatu sudut, Tak berapa selesa jauh lebih selesa bila kita berada di masjid.., Apa lagi yang boleh aku kata yang menarik kengkawan yang tak rajin pergi ke masjid supaya suka pergi masjid...,,, Sesuatu perasaan yang tak mampu di lafazkan...,,, Mungkin ada orang yang mampu menterjemahkan keseronokan duduk dimasjid bagi membolehkan kawan kawan kita duduk dimasjid. Aku cuma masukkan satu yang aku dapat dari blog kereta mayat. ini dia

p/s: Credit untuk kereta mayat..,

Tuesday, September 18, 2007

Diri Ini (Siri II)

Beberapa orang yang ada disekelilingku memberitahu yang aku ni jenis yang tak makan saman, orang dah beritahu dan dah nasihatkan supaya jangan lakukan aku tetap jugak lakukan. Dan aku nampak kesannya nanti dan aku tetap akan teruskan dan keputusan akhirnya kadang kadang sepertimana yang sahabat itu jangkakan. Yang sedihnya orang yang tolong bagi nasihat pun terlibat sama terlibat. Sahabat sahabat yang okey dia akan membantu yang tak ianya akan merungut....

Aku masih ingat yang bapak sedara ku pernah beritahu aku yang dihadapan tu ada lubang tak boleh lalu. yang aku pulak yakin walaupun ada lubang tapi masih boleh lalu. Yang akhirnya aku jatuh lubang dan kemudian kita orang bersusah payah tapi tetap lepas keseberang. Sahabat aku cakap kalau ikut sana mesti lambat sampai sebab jalan sesak, aku pulak yakin walaupun jalan sesak masih lagi ada peluang sampai cepat yang akhirnya kawan tu merungut rungut sebab terlewat sampai ke office, Sampai tapi lewat. Sahabat aku pernah pesan isi minyak sekarang dah nak habis nanti kereta mati tengah jalan aku pulak yakin yang kereta tersebut masih lagi boleh berjalan sampai ke stesen minyak yang ada jauh di hadapan.Yang akhirnya kereta aku mati kat tengah jalan lalu kena telepon orang lain mintak tolong.

Ada jugak yang perbuatan perbuatan aku yang tak boleh di terima akal menyusahkan orang memeningkan orang tapi akhirnya selesai. Walaupun diaorang rasa was-was dan risau. tapi dia orang tengok aku konfiden je jadi dia orang rasa selamat.

Ia nya seumpama melalui satu laluan yang beronak berduri yang orang tak nak lalui, orang dah nasihatkan aku dan aku pun tahu halangan tu, nampak kat depan tu tetapi aku tetap akan lalui jugak dengan harapan yang akulah orang yang bernasib baik dapat melepasi ranjau tersebut.

Friday, September 7, 2007

Sesiapa yang pemurah

Assalamualaikum...
Semalam ketika aku sebelum aku mengikuti kuliah dimasjid kat luar masjid tu ada satu meja disediakan bagi mengumpulkan dana wang wakaf bagi penebusan Hartamilik Islam. Untuk Fasa 1 pakej penebusan Sekeping tanah di utara semenanjung. Banyak jugak jasa-jasa yang telah jalankan yayasan bagi pembangunan ummah untuk membentuk empayar islam yang ideal.

Jadi untuk sahabat-sahabat yang ingin melakukan amal jariah wakaf. bolehlah isikan borang yang di sediakan. disini

Nilai

"Assalamualaikum bang"
"Kami dari yayasan ini... ini... ingin membuat kutipan derma .... untuk anak-anak yatim"
sambil menunjukkan surat2 dari yayasan berkenaan.

Aku tak cakap banyak aku bagi je seketul dua. tak luak pun.

" Terima kasih bang, semoga Allah mempermudahkan dan memanjangkan rezeki abang"

Budak tu pergi pulak bertanya dengan seorang pak cik yang berhampiran denganku.

"tak ade cara lain ke !"
berdesing telinga ku...
"Tak malu ke! "
" Orang bangsa asing tak buat macam nih !"
Pak Cik terus membebel...

Allah hu akhbar. Aku tahu macam mana rasa terhina nya budak budak tu di belasah begitu.

Selepas itu Seorang perempuan tua india berhampiran memanggil budak tu.

"Nak adik... ambik nih "
" Itu tara guna punya orang"
Orang asing pulak yang tahu menghargainya.

Kesian aku tengok budak budak tu.
Aku pergi lagi ke budak2 tu.
"Nah dik abang tambah lagi "

Tak lama tu aku mintak pulak butiran yayasan tersebut. Bertanya lebih kurang.

" Terima kasih bang, semoga Allah ........... ........... " Kata Adik itu di akhir perbualan.
" Semoga Adik juga memperolehi yang sama dari Allah"

p/s: Terima Kasih Allah dia atas kasih sayangmu. diatas segala rezeki yang kau telah berikan kepadaku selama ini.