Selalu aku merenung kan kehidupan diakhir zaman ini. bagaimana agaknya islam nak mencapai kemenangan nanti sentiasa bermain di fikiran ku. Kita dijanjikan oleh Allah tentang kehadiran imam mahadi bagi menyelamatkan umat manusia pada akhir zaman nanti. Apakah keistimewaan yang ada pada diri imam besar ini sentiasa menarik perhatian ku, sebab kelebihan yang ada pada dirinya dapat membuka mata ramai umat manusia supaya kembali kepada Islam, sehingga dapat menerima Islam dan dapat memberi kemenangan kepada Islam.
Islam tak akan berjaya melalui perpaduan sebab aku masih ingat terhadap sepotong hadis berkaitan permintaan Rasullulah terhadap umatnya di akhir zaman. Ada 3 permintaan dan 1 telah ditolak oleh Allah yakni meminta supaya umat Islam bersatu. Satu lagi hadis yang manarik minat aku kaumnya tidak akan tersesat selagu berpegang kepada dua perkara. Alquran dan Al sunnah. Jadi aku jangkakan itulah tunjang kejayaan Islam nanti.
Kita selalu mendengar bahawa pihak musuh yang sentiasa mencari peluang bagi menjahanamkan orang -orang Islam melalui secara terrang-terangan atau secara halus-halusan. Mereka yang mampu dikalahkan melalui hiburan dan keseronokan maka ditambahkan lagi keseronokan itu Menjadikan kita lalai dan rosak binasa... Yang tak boleh dilakukan begitu maka diperangi secara terang-terangan dengan membina slogan berperang untuk keamanan sejagat.
Allah sahaja yang dapat menyelamatkan kita nanti. Suatu hari nanti akan berlakulah suatu perubahan yang tak terjangkau oleh fikiran manusia bagi mengembalikan kegemilangan Islam. Aku rindukan saat itu. Sebab aku sentiasa memikirkan kaedah-kaedah yang dapat menyelamatkan umat Islam Walaupun aku bukannya seorang penyelamat... dan aku pun tak tahu samada aku selamat atau tidak..
No comments:
Post a Comment