Powered By Blogger

Tuesday, July 31, 2007

Umar Al Khattab

Assalamualaikum...,

Ada sahabat bagi aku lagu Che chen ( lagu yang kau orang dengar dalam blog nih) menurut sumber yang dia ada lirik ini di cipta untuk membangkitkan semangat pejuang pejuang islam perang dunia pertama. Lagu ini cukup membina semangat . Jadi hari ini aku pun nak cerita pasal pahlawan yang aku kagumi. "Umar Al Khattab. "

Yang mana kehadiran nya di dalam islam menyebabkan islam menjadi kuat dan boleh berdakwah secara terang terangan. Hebat sahabat yang satu nih. Dia nih kalah dengan Khalifah Abu Bakar AsSiddiq je. sebab Abu bakar je yang berani pegang jangut dia nih.

Ketika isu tawanan perang badar. Pendapatnya dibenarkan oleh Allah s.w.t.

Tapi ketika Abu Bakar telah dilantik menjadi Khalifah dalam ucap tama nya inilah dia orang yang berani menghunus pedang berjanji akan memenggal kepala Abu Bakar sekiranya pemerintahan Abu Bakar tidak betul.

Inilah dia orangnya yang menghantar Surat kepada Sg. Nil ketika berlaku kemungkaran di sana.

Banyak lagilah perkara yang telah dilakukannya dalam membangunkan Islam nih. Mungkin Kita boleh rujuk disini.

Aku terjumpa dia punya ucapan yang ulung disini. Berapa sahihnya ucapan ini aku tak tahu. mungkin orang yang lagi tahu boleh beritahu aku kesahihan ucapan ini.

p/s: Terima Kasih kepada sahabat yang bagi lagu nih. dan terima kasih juga kepada sahabat yang membuka minda aku tentang kehebatan sahabat Rasulullah s.a.w. nih. (Kemaafan sekiranya cerita aku kurang tepat. Aku tak berapa ingat Nanti aku rujuk balik atau kengkawan boleh tolong ingatkan aku)

Saturday, July 28, 2007

Experiment 1: Mencipta benda yang Bernyawa

Assalamualaikum warah matulahi wabarakatuh......,

Hari ini aku merasa sungguh excited, suboh suboh lagi dah bukak komputer. tiba-tiba otak aku menjadi genius. Ialah kalau diskusi hati boleh berbangga dengan kuew tiow kung fu nya sesuai dengan sifatnya sebagai seorang perempuan maka aku di persinggahan sementara ni telah membuat ujikaji untuk mencipta benda yang bernyawa, jadi aku akan turunkan formulanya di sini supaya aku tak lupa.

Sebagai permulaan ini aku akan turunkan formula nak cipta "ulat". bukan ulat buku. tapi ulat yang boleh bergerak gerak tu sampai kita semua tak selera makan.

Kaedah nya
Beras di basuh bersih.
kemudian ditanak sehingga masak.
dimakan dengan lauk pauk yang sedap sedap.
Nasi tadi jangan dimakan sampai habis.
kemudian biarkan nasi itu dalam periuk.
biarkan selama sebulan. Lepas tu pergi bukak balik periuk tu.

Betul tak cakap aku.
Kau orang semua dah mencipta "ulat".
lagi lama kau orang biar lagi besar ulat tu.

Zalim kita ni kan. Allah dah bagi rezeki kat kita ni langsung kita tak bersyukur. dah makan langsung tak mau nak bersihkan balik. maka Allah ciptakan ulat dan Ciptakan bau busuk cukup membuat kita pening dan terus nak mencucinya.

Termenung aku memikirkan tiba tiba ulat itu ada pada makanan dari mana datangnya dia. Takkan dia mengengsot sikit sikit dari luar rumah masuk dalam nasi yang basi tu.

Apa pendapat kau orang. pernah tak kau orang terfikir kehadiran mereka nih. atau dia ni datang melaui udara terus kedalam makanan. atau ulat tu memang sudah ada dalam makanan tersebut ia akan aktif akibat dari proses pengudaraan dan kelembapan.

Tak kisahlah nasi ke.., ikan ke.., daging ke.., ulat tu ada. sayur je aku belum tahu lagi adakah ia boleh menghasilkan ulat atau tidak. Atau ada dah orang buat experiment untuk sayur ni.

Kepada kawan kawan yang rajin memasak tu dan juga tali barut tali barutnya yang turut sama memakan makanan tu termasuk jugak diri aku nih jangan buat experiment tu lagi. Pening kepala kita orang bila bau nya menyusuk ke hidung. cepat cepat lah cuci balik dan buangkan sisa sisa makanan tu.

p/s: Kredit untuk diskusi hati.

Wednesday, July 25, 2007

Fenomena mimpi

Mimpi merupakan satu fenomena yang sampai sekarang doktor masih lagi belum mendapat jawapan yang kukuh tentang kewujudannya. Dimana otak dalam keadaan rehat boleh pulak terbayangkan gambaran gambaran yang hadir tanpa di arahkan.

Kenapa aku berminta nak discus pasal mimpi pulak di sini. Samada kau orang sedar atau tidak aku berpendapat yang kewujudan mimpi ini boleh mengukuhkan lagi fakta yang selepas kita mati nanti maka pembalasan akan dilakukan terhadap kita. (tapi kalau salah tolong betulkan sebab aku ikut logik je nih)

Sebab apa aku cakap macam tu sebab bila kita mimpi yang indah kita akan merasa tenang lapang sampai kadang kadang solat subuh pun boleh terlajak. Tapi bila menghadapi mimpi yang buruk maka badan kita ni jadi berpeluh peluh takut rasa nak cepat keluar dari mimpi tersebut. Berapa kali kah kita mimpi buruk kita cuba bangun tak tapi tak bangun bangun jugak. Ceh macam cerita night mare on the elm street je.

Aku pernah hadapi mimpi yang macam tu. Macam mana terseksanya Allah je yang tahu. Rasa macam dah bangun rupa rupanya aku masih lagi tidur. bila bangun rupanya masih lagi tidur. bila bangun rupanya masih lagi tidur. Bila dah betul betul bangun isytifar panjang.

Jadi aku rasa waktu kita dah mati nanti macam tulah jugak rasanya. Bila kita kena seksa waktu tu kita berusaha bersungguh sungguh dan merayu rayu supaya kita sedar semula. Tapi waktu tu kita tak boleh nak buat apa lagi dah. kita telah pun mati. Tubuh kita dah dimamah bumi dan dimakan ulat-ulat. Kalau kita dirahmati maka kita berasa tenang je. Senyum je waktu tu.

p/s: Aku dapat mimpi buruk nih kadang kadang sebab aku tidur lewat dan ianya berlaku bila dah nak sampai waktu subuh. Maka aku pun cepat-cepat bangun ishtifar banyak-banyak. Ada hikmahnya jugak mimpi macam nih. Dapat jugak aku solat subuh kat surau. Allah sayang betul dengan aku nih. Kalau mimpi yang indah-indah tu jawabnya solat subuh waktu duha le…

The tree of my life.

Assalamualaikum wbt...,

Baru baru ini company aku ada hantar kitaorang ramai-ramai pergi kursus..... "kursus motivasi" salah satu acara yang aku ingin kongsikan disini acara "The tree of my life" di mana kita di minta melukis satu pokok yang mana pokok tersebut adalah berkaitan dengan perjalanan hidup kita yang kita lalui. Aku bila bab bab macam nih mulalah buntu. aku lukis gambar benih, lukis gambar matahari lepas gambar hujan. Aku memang tak creative le nak bercerita benda-benda macam nih. Jalan jalan tengok sungai tengok taman masih takde idea. tak pe lah aku lukis je lah. aku terbalikkan kertas tu lukis pulak gambar pokok dekat muka belakang. Aku bayangkan diriku ini sebagai pokok lurus yang tinggi, mempunyai akar tunjang dan mempunyai banyak cabang-cabang serta dahan dahannya dan pokok itu tidak berdaun... mati...,

Aku mulakan cerita aku bermula dari benih atas bantuan hujan dan matahari maka aku pun menjadi pokok yang tinggi itu. batang tu aku bayangkan perjalanan yang kita harapkan yakni perjalanan yang lurus. Dahan dahan dan ranting ranting itu sebagai onak dan duri dalam perjalanan hidup. pokok itu tak berdaun tandanya pokok tu dah mati. maksudya itulah penghujung hidup kita nanti. dimana pokok itu menjadi reput, rebah dan terus dimamah bumi.

Salah seorang abang yang hadir dalam kursus berkata pokok aku kosong, tak berseri, tiada erti, seolah-olah aku tidak ada langsung kemanisan dalam hidup ini. Aku agak tersentak... kalau dah orang lama ni cara dia berfikir memang hebat. jadi aku pun tambahlah dekat salah satu ranting tu dengan daun-daun dan buah-buahan pada ranting yang lain. Sebagai menghormati pandangan orang yang lebih tua yang kita perlu menikmati kemanisan hidup ini.

mmmm..., Manis sangat ke, kehidupan di dunia ini. sehingga kita terbayangkan pokok yang indah dan mempunyai daun-daun yang rimbun serta rendang. yang menghasilkan buah yang banyak dan akhirnya buah itu jatuh dan tumbuh kembali menjadi pepohon yang baru. padahal dunia ini terlalu hina untuk di tangisi. sebab pada sisi Allah nilai dunia ini tidak lebih dari sayap seekor nyamuk. Ia hanyalah persinggahan sementara sebelum kita melalui perjalanan yang jauh yang tiada hentinya. Itu sebabnya sedikit je daun dan buah yang aku tambah. Sebagai tanda syukur ku padamu ya Allah.

p/s : Credit untuk albazrah sebab gambar pokok yang paling atas sekali aku ambil dari dalam blog tu. Pokok tu kelihatan menarik bagi ku.

Pancing



Peralatan dah siap dah.
Tak Lama lagi turun lah






Ada ketenangan disini








Ada keindahan disini






Penuh dengan kepayahan





Yang membawa erti kehidupan

Tuesday, July 24, 2007

Kehadiran

Bila aku membaca posting -posting ramai penulis di blog aku rasakan terlalu ramai orang yang berilmu, berpengetahuan dan mampu diluahkan dalam blog masing-masing. Sampai tahap mana ilmu mereka semua hanya Allah sahaja yang tahu. Cara mereka bertutur cara menyusun ayat membuatkan aku bertambah tertarik nak membaca dan mengetahui lebih dalam lagi. cara penyampaian mereka memang tak boleh dinafikan, tersusun dan di anyam dengan cukup indah agar dapat menarik perhatian para pembaca. Aku merenung diriku. apa pulak kelebihan yang ada pada diriku ini yang membolehkan aku duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan mereka dalam blog ye. Setiap manusia, Allah jadikan mempunyai kelebihan-kelebihan yang tersendiri. Aku rasa aku hanya sesuai menjadi pembaca yang setia. Ialah kalau semua orang menulis dan tak pulak tukang pembaca nya maka dah tak balance pulak lah pulak. Maka ingatlah wahai para blogger, aku di sini menjadi pembaca-pembaca tulisan tulisan kalian. Sebabnya aku tak mampu menulis seperti kalian semua. Ceh macam mintak simpati aje aku nih.

Selagi kita masih bernafas selagi itulah kita nih sentiasa diselubungi dengan segala rasa. Nak menjadi terbaik, nak jadi terhebat, nak jadi termahsyur dan nak jadi yang terbilang. Tak puas puas kita nih. Kita semua sedar yang kita nih sementara je kat sini. Masing masing mempunyai tanggung jawab dalam memakmurkan dunia ini. Dah adil dah Allah jadi kan kita nih. Semua ada. Kalau semuanya pandai je sapa pulak nak jadi petani. kalau semua orang pandai menulis sapa pulak nak jadi pembaca. kalau semua orang jadi tuk guru sapa pulak jadi anak murid. jadi tahap ilmu pun begitu jugak. macam macam ada, bagi mereka yang nak berfikirlah.

Kenapa banyak berlaku kekecohan dan kemusnahan sekarang nih. sebabnya silap kita jugak kita tak ikut perintah, tak pernah nak ambik iktibar dan dah memang termaktub di akhir zaman nih benda-benda yang kita hadapilah yang telah tertulis atau telah di suratkan. Jadi kita sendiri menanggung derita akibat dari kesilapan kita sendiri. Jadi apa yang harus kita lakukan. Redha kan je lah sehingga bumi ini hancur musnah. Sedar atau tidak, mahu atau tidak benda tu akan berlaku. Tak boleh lari. Sekarang nih planet planet berputar mengikut orbit orbit nya atas tarikan yang ada pada cahaya matahari. Sampai satu masa nanti dia dah tak nak ikut orbit nya lagi dah. Sebab apa sebab dah tak ada tarikan cahaya matahari. kan apabila menjelangnya kiamat nanti malam tu lebih panjang. yang mula mula sedar ahli tahajjud. Tapi aku tak boleh nak bayangkan betapa gelapnya bumi ini nanti bila cahaya matahari tak sampai pada kita pada masa itu. Bila tarikan tu dah tak ada dah, maka bumi akan berpusing terbalik. Maka matahari pun terbit di sebelah barat. Ceh pandai-pandai je fakta aku nih.

Bagaimana pun aku berharap fakta aku ini jangan lah sampai memeningkan kepala kau orang pulak. Ianya datang dari pemikiran ku yang tak betul. memang tak boleh nak pakai pun.

99 Langkah Mempertingkatkan Iman

Assalamualaikum wbt…,

Member aku ada menghantar e-mail kat aku pasal langkah menuju kesempurnaan iman. Aku nak simpan di sini. Terima Kasih kepada sahabat ku itu. Aku rasa ada banyak lagi yang diperlukan nak menuju “kesempurnaan”. Kesempurnaan ??? Boleh ke..

99 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;

02. Sabar apabila mendapat kesulitan;

03. Tawakal apabila mempunyai rencana / rancangan ;

04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;

05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;

06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;

07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;

08. Jangan usil dengan kekayaan orang;

09. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang;

10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan ;

11. Jangan tamak kepada harta;

12. Jangan terlalu menghendaki akan sesuatu kedudukan;

13. Jangan hancur karena kezaliman;

14. Jangan goyah karena fitnah;

15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.

16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;

17. Jangan sakiti ayah dan ibu;

18. Jangan usir orang yang meminta-minta;

19. Jangan sakiti anak yatim;

20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;

22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);

23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;

24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;

25. Biasakan shalat malam;

26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;

27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;

28. Sayangi dan santuni fakir miskin;

29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;

30. Jangan marah berlebih-lebihan;

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;

32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;

33. Berlatihlah untuk banyak berfikir ;

34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;

35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;

36. Jangan percaya ramalan manusia;

37. Jangan terlampau takut miskin;

38. Hormatilah setiap orang;

39. Jangan terlampau takut kepada manusia;

40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;

41. Berlakulah adil dalam segala urusan;

42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;

43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;

44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;

45. Perbanyakkan silaturrahim;

46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;

47. Bicaralah secukupnya;

48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;

49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;

50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;

51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;

52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;

53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;

54. Hormatilah kepada guru dan ulama;

55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;

56. Cintai keluarga Nabi saw;

57. Jangan terlalu banyak hutang;

58. Jangan terlampau mudah berjanji;

59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar
bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;

60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak berguna;

61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;

62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan
beristighfar;

63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;

64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;

65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;

66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;

67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;

68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan

69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.

70. Jangan melukai hati orang lain;

71. Jangan membiasakan berkata dusta;

72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;

73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;

74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;

75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita

76. Jangan membuka aib orang lain;

77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita;

78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;

79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;

80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;

81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;

82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;

83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;

84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;

85. Hargai kejayaan dan pemberian orang;

86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;

87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.

88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kemamapuan diri kita;

89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan jasmani atau fikiran kita menjadi terganggu;

90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;

91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;

92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;

93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;

94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;

95. Sambutlah huluran tangan setiap orang (pastikan aurat) dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;

96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;

97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;

98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;

99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.

p/s: Sorry my friend because I didn’t forward this e-mail to the rest of my friends as your hope. But I believe thousand or millions people out there have been seen this message.

Monday, July 23, 2007

Lalang oh lalang

Depan rumah aku tu selalu sangat semak tumbuh lalang. Ia lah rumah tu bukan aku duduk pun kerja tempat tak menentu nih rumah tu selalu terbiar je le..., balik-balik je kat rumah dah nak kena racun. Aku nak pasang mozek ke tile ke tak mesra alam pulak. Ceh duit tak de cakap je le..., Racun pun boleh tahan dua tiga bulan je lepas tu dah tumbuh balik. Aku ada gak terpikir gak nak buat treatment je depan laman rumah aku tu. aku nak tabur je simen. Simen kan campuran limestone (batu kapur) dengan silika.Kalau tabur simen secara logiknya lalang dah tak tumbuh lagi dah.panas. Emmm... logik jugak ye.


Tapi lepas tu badan aku akan bertambah besarlah kot sebab dah tak payah berpeluh nak meracun lagi dah. Lepas tu badan sakit-sakit kena heart attack, kencing manis bla-bla bla.., kalau macam tu tak pelah biarkanlah depan laman rumah aku tu semak. ada jugak aktiviti bila balik kerumah tu nanti bagi peluh sikit. Kiranya ada sikit baik lah berbanding dengan orang yang akan menyemaskan kebunnya setahun sekali itupun pada musim buah-buahan.

Lalang tu pun Allah ciptakan ada sebabnya. Tumbuhan sekunder kalau tak silap aku. Ianya wujud selepas kita melakukan kerosakan pada muka bumi maksud aku kita memusnahkan hutan, pokok pokok yang Allah anugerahkan kepada kitanih lah dan lepas tu pulak kita tak memeliharakanya dengan betul maka Allah ciptakan lalang agar dapat menghalang hakisan tanah berlaku. Allah tahu kita semuanya bukannya terror. nak mentakbir tanah depan laman pun tak boleh habis tu kenapalah kita ni mengada-mengada nak jadi hero. kita nak maintance semua pakai duit. Allah maintance percuma je lepas tu di serahkan pulak kat kita yang tak mengenang budi nih. teruk sangat kita nih. tak rethi nak menghargai langsung kita nih. Terfikir jugak sekarang kenapa agaknya Allah tak berikan semula pokok yang asal ye... ??? perangai manusialah puncanya tu..., logik juga ye..

Friday, July 20, 2007

Berpatah Balik

Selalu orang nak balik semula kezaman silam mereka kerana kalau boleh nak memperbetulkan kesilapan yang lama..., Aku pulak tolong fikirkan macam mana nak buat benda tu.., dengan selambanya aku keluarkan satu teorem.., waktu zaman sekolah dulu cikgu geografi aku ada cakap kat lautan pasifik tu ada satu tempat kalau kita lalu tempat tu masa akan di tolak 12 jam. kalau kita boleh sampai ketempat itu dengan satu kenderaan yang cukup laju mungkin tiap saat kita boleh sampai mengelilingi dunia maka kita boleh kembali semula kezaman lama kita. kiranya kita mengonsangkan pergerakan bumi yang bergerak dari barat ketimur le. kita bergerak dari timur kebarat. Jadi kita akan melihat matahari terbit dari arah barat. Kalau matahari terbit dari barat Itu tandanya dunia akan kiamat. maka fikiran aku tu tak boleh di pakailah...,

Perjalanan hidup kita ini telahpun di susun oleh Allah swt, ianya seumpama di hadapan kita Allah telah sediakan banyak pintu . Terserah kepada diri,naluri, pengaruh yang berada di sekeliling kita bagi menentukan pintu yang kita masuki. Mungkin di muka pintu itu nampaknya indah tetapi di dalamnya hanya kita akan ketahui setelah memasukinya. Setelah masuk selagi kita masih lagi bernafas selagi itu kita harus teruskan sehingga sampai ajal. Sambil itu kita cubalah intai-intai mana tahu ada satu pintu yang membawa kita semula ke jalan yang asal.
Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh,

Salam permulaan dari aku. Credit untuk Albazrah dan Kereta mayat kerana ia memperkenalkan aku dengan dunia blog. Jadi kalau ianya memberi manfaat pada pengunjung yang datang kat sini diorang pun patut dapat sama.
Apa yang menarik minat aku tentang blog nih aku terjumpa dengan Akauntan, aku terjumpa dengan doktor, aku terjumpa dengan penulis, aku terjumpa dengan pensyarah dan bakal-bakalnya. Banyak para ilmuan kat sini. Pelbagai isu yang telah di ketengahkan. Dengan harapan ianya dapat dimanfaat kan oleh semua orang.

Aku terjumpa library ilmu di sini. Apa matlamat aku pulak disini. aku pun nak buat aku punya library sendiri. sapa-sapa nak bagi ilmu dengan aku bolehlah hulur-hulurkan tangan boleh le aku link kan nya nanti. Insyaallah