Mimpi merupakan satu fenomena yang sampai sekarang doktor masih lagi belum mendapat jawapan yang kukuh tentang kewujudannya. Dimana otak dalam keadaan rehat boleh pulak terbayangkan gambaran gambaran yang hadir tanpa di arahkan.
Kenapa aku berminta nak discus pasal mimpi pulak di sini. Samada kau orang sedar atau tidak aku berpendapat yang kewujudan mimpi ini boleh mengukuhkan lagi fakta yang selepas kita mati nanti maka pembalasan akan dilakukan terhadap kita. (tapi kalau salah tolong betulkan sebab aku ikut logik je nih)
Sebab apa aku cakap macam tu sebab bila kita mimpi yang indah kita akan merasa tenang lapang sampai kadang kadang solat subuh pun boleh terlajak. Tapi bila menghadapi mimpi yang buruk maka badan kita ni jadi berpeluh peluh takut rasa nak cepat keluar dari mimpi tersebut. Berapa kali kah kita mimpi buruk kita
Aku pernah hadapi mimpi yang macam tu. Macam mana terseksanya Allah je yang tahu. Rasa macam dah bangun rupa rupanya aku masih lagi tidur. bila bangun rupanya masih lagi tidur. bila bangun rupanya masih lagi tidur. Bila dah betul betul bangun isytifar panjang.
Jadi aku rasa waktu kita dah mati nanti macam tulah jugak rasanya. Bila kita kena seksa waktu tu kita berusaha bersungguh sungguh dan merayu rayu supaya kita sedar semula. Tapi waktu tu kita tak boleh nak buat apa lagi dah.
No comments:
Post a Comment