Selagi kita masih bernafas selagi itulah kita nih sentiasa diselubungi dengan segala rasa. Nak menjadi terbaik, nak jadi terhebat, nak jadi termahsyur dan nak jadi yang terbilang. Tak puas puas kita nih. Kita semua sedar yang kita nih sementara je kat sini. Masing masing mempunyai tanggung jawab dalam memakmurkan dunia ini. Dah adil dah Allah jadi kan kita nih. Semua ada. Kalau semuanya pandai je sapa pulak nak jadi petani. kalau semua orang pandai menulis sapa pulak nak jadi pembaca. kalau semua orang jadi tuk guru sapa pulak jadi anak murid. jadi tahap ilmu pun begitu jugak. macam macam ada, bagi mereka yang nak berfikirlah.
Kenapa banyak berlaku kekecohan dan kemusnahan sekarang nih. sebabnya silap kit
a jugak kita tak ikut perintah, tak pernah nak ambik iktibar dan dah memang termaktub di akhir zaman nih benda-benda yang kita hadapilah yang telah tertulis atau telah di suratkan. Jadi kita sendiri menanggung derita akibat dari kesilapan kita sendiri. Jadi apa yang harus kita lakukan. Redha kan je lah sehingga bumi ini hancur musnah. Sedar atau tidak, mahu atau tidak benda tu akan berlaku. Tak boleh lari. Sekarang nih planet planet berputar mengikut orbit orbit nya atas tarikan yang ada pada cahaya matahari. Sampai satu masa nanti dia dah tak nak ikut orbit nya lagi dah. Sebab apa sebab dah tak ada tarikan cahaya matahari. kan apabila menjelangnya kiamat nanti malam tu lebih panjang. yang mula mula sedar ahli tahajjud. Tapi aku tak boleh nak bayangkan betapa gelapnya bumi ini nanti bila cahaya matahari tak sampai pada kita pada masa itu. Bila tarikan tu dah tak ada dah, maka bumi akan berpusing terbalik. Maka matahari pun terbit di sebelah barat. Ceh pandai-pandai je fakta aku nih.Bagaimana pun aku berharap fakta aku ini jangan lah sampai memeningkan kepala kau orang pulak. Ianya datang dari pemikiran ku yang tak betul. memang tak boleh nak pakai pun.

No comments:
Post a Comment