Powered By Blogger

Saturday, January 19, 2008

Pembetulan


Dalam kuliah tafsir yang aku hadiri baru-baru ini (Surah Al-Furqan Ayat 63-67) yang menyentuh Hamba Allah yang soleh (Ibadu Rahman) iaitu :
1. Orang-orang yang berjalan dimuka bumi dengan tidak menyombong diri(Takabur)
2. Jika dia bertengkar dengan orang jahil, ia mengucapkan "selamat" dan tidak mahu membuang masa membantah dengan mereka.
3. Sentiasa bersujud di malam hari dan sembahyang kepada Allah.
4. Sentiasa memohon kepada Allah agar dihindarkan dari siksa neraka.
5. orang yang suka menafkahkan hartanya, tidak kikir dan tidak pula boros.

Dalam kuliah tersebut Ustaz ada menerangkan maksud "hamba" didalam tafsiran tersebut yang merujuk kepada istilah kemuliaan, kerana kita menjadi Hamba kepada Allah yang maha penyayang. Tetapi kalau istilah "Hamba" ni kalau merujuk kepada Hamba kepada manusia, dunia dan harta ia merupakan satu kehinaan. Jadi aku ingin merujuk kembali kepada posting aku yang lepas "Pekerti" yang menyatakan "Pesuruh" itu merujuk kepada martabat yang rendah. Ia rendah kepada mahluk tetapi sekiranya merujuk kepada "pesuruh kepada Allah" ialah satu kemuliaan bukannya kehinaan. Mohon maaf diatas pemikiran ku yang tidak sempurna itu.

2 comments:

hakim dirani said...

Mudahan kita akan mencapai martabat ibadurrahman itu.

ihmaza said...

Terlalu jauh untuk saya sampai ke tahap itu.Insyaalah saya cuba usahakan supaya menjadi hamba yang menyayangi.