Aku boleh khusyuk menyanyi, aku boleh khusyuk main gitar, aku boleh khusyuk main komputer games, aku boleh khusyuk baca buku novel tetapi aku tak boleh khusyuk ketika bersolat dan aku tidak boleh khusyuk ketika membaca buku-buku ilmu.
Jadi dari mana datangnya rasa seronok yang boleh menimbulkan kekhusyukkan itu. Sehinggakan kita tidak menyedari apa yang telah berlaku disekeliling kita.
Alangkah indahnya sekiranya kekhusyukkan itu aku dapat lakukan sesempurnanya ketika beribadat. Alangkah indahnya kalau aku mengetahui rahsia kekusyukkan itu.
Yang aku tahu kita akan rasa khusyuk kalau kita suka benda itu. Aku suka mencari ilmu. aku suka bersolat. aku nak jadi pandai. aku nak menjadi hamba Alah yang berilmu. Aku nak kan syurga Allah. Tak terhingga nikmatnya yang ada pada syurga Allah. Dah sepatutnya aku akan berusaha bersungguh sungguh untuk mencapainya. Sesungguh mana pun aku usaha aku masih lagi belum mampu sampai tahap kusyuk itu yang membuatkan aku nak mengerjakannya bersungguh. Tetapi benda yang menghala keduniawi mudah betul aku nak membina kekhusyukkan itu. Dahsyat betul tipu daya iblis itu.
Atau Cintaku kepada Allah dan cintaku kepada ilmu masih lagi ditahap yang cukup lemah.
"Sesungguhnya kami jadikan apa yang dimuka bumi sebagai perhiasan,supaya kami uji,manakah diantara mereka,orang yang lebih baik amalannya."
Surah Al-kahfi Ayat 7
1 comment:
Insaf sekejap. Ana pernah tebaca satu pusis atau artikel yang menyebut.
" Kadang2 solat itu bagai melepas hutang dengan Allah. Bukan untuk menandakan ubudiyyah padaNya"
Aduhai. Memang hina diri ini
Post a Comment