Powered By Blogger

Monday, December 3, 2007

LARIAN AMAL

Lama betul aku tak menyertai larian. Hari sabtu tempohari 1 st december 2007 atas jasa baik adik aku yang menjadi ajk jadi aku dapat le masuk larian. LARIAN AMAL HUKM. Sempena 10 tahun penubuhan HUKM kalau tak silap aku. 10Kilometer. Larian yang bermula dari HUKM pergi Bandar Tasik permaisuri. Taman Midah Balik semula ke HUKM. Tahniah kepada penganjur kerana menyediakan laluan yang berbukit naik semput nafas aku. Yang aku tak bersetuju kerana kita orang kena melalui kawasan plant konkrit kawasan tu penuh berabuk dan debu. Tak menyehatkan.

Kepada "Dr. Sheikh Muszaphar" yang turut hadir pada majlis tu mintak maaf le aku tak berminat sangat nak beramah mesra dengan dia. Matlamat aku nak masuk larian je.. kaki aku dah lengoh dah jam tu...

2 comments:

~albazrah~ said...

Dapat number brape? Ke lari untuk beramal je..

ihmaza said...

Hanya berjaya mendapat sijil larian dan menghabiskan larian dalam masa 1 jam 15 minit.kiranya nombor-nombor last lah tu..