Powered By Blogger

Wednesday, December 26, 2007

Harapan

Semalam aku berada di Masjid Al Falakh Subang Jaya. Aku melihat ada satu kumpulan tu berkumpul di satu sudut di masjid al falah tu. kalau ikut pengamatan aku kumpulan ni nak hantar rombongan berkahwin. Sementara kami semua terlalu tekun mendengar kuliah "Hidayatus Salikin" oleh Syed Fahmi Zam Zam.
Aku teringat satu ketika dahulu dimana aku datang ke masjid Al Falakh ni untuk solat zuhur sementara menunggu perlawanan Futsal yang aku sertai. Aku pun sama seperti rombongan itu singgah sebentar di masjid ini dan selepas itu terus meninggalkan masjid untuk menjalani urusan yang lain. Padahal pada hari itu di masjid Al Falakh ada kuliah yang menarik tapi aku tak tertarik. Tapi kini aku menjadi insan yang rajin kembali semula ke masjid ini untuk mendengar majlis-majlis ilmunya.
Semoga akan terbuka hati mereka -mereka yang ada dalam rombongan perkahwinan itu tadi akan menjadi pengunjung setia di masjid Al Falakh tu nanti bagi menghadiri majlis-majlis ilmunya. Insyaallah.

1 comment:

Anonymous said...

salam,

moga hati-hati kita juga sentiasa terbuka untuk menjadi pengunjung setia di masjid Al Falakh tu nanti bagi menghadiri majlis-majlis ilmunya. Insyaallah, moga-moga...