Pagi ini aku ingin berkongsi pengalaman aku selama tiga hari (sebab aku mengambil masa 3 hari nak menghabiskan buku ni) bersama travelog Haji, tulisan Muhd Kamil Ibrahim. Sebagaimana penulis berkongsi rahsia perjalanannya ketika menerima jemputan dari Allah sebagai tetamunya yang istimewa yang mengubah sempadan imannya dan Aku juga mahu ramai kengkawan yang turut serta merasai pengalaman yang di lalui penulis. Buku ini secara tak langsung telah membuka pintu minda aku agar sentiasa mensyukuri segala nikmat yang Allah berikan dan sentiasa mengadu padanya kerana ia maha pengasih penyayang dan maha mendengar rintihan umatnya.
"Ya Allah, nikmat yang aku terima selama ini, atau yang diterima oleh salah seorang dari Hamba-Mu, maka sumbernya hanyalah engkau semata, tiada sekutu bagi-Mu, bagi-Mu lah pujian dan kepada-Mu Kami bersyukur atas semuanya."
No comments:
Post a Comment