Saturday, December 29, 2007
MENARIK NIH...
Hari ini aku telah menemui sesuatu website yang cukup menarik. banyak betul kisah Saudara-saudara baru. Tak mampu aku nak masukkan kesini. Aku hanya link kan nya dengan nama Hidayah dan Hidayah 2 (Click le kat situ)
Thursday, December 27, 2007
Buku "Travelog Haji"
Bismillahirahman nirahim..
Pagi ini aku ingin berkongsi pengalaman aku selama tiga hari (sebab aku mengambil masa 3 hari nak menghabiskan buku ni) bersama travelog Haji, tulisan Muhd Kamil Ibrahim. Sebagaimana penulis berkongsi rahsia perjalanannya ketika menerima jemputan dari Allah sebagai tetamunya yang istimewa yang mengubah sempadan imannya dan Aku juga mahu ramai kengkawan yang turut serta merasai pengalaman yang di lalui penulis. Buku ini secara tak langsung telah membuka pintu minda aku agar sentiasa mensyukuri segala nikmat yang Allah berikan dan sentiasa mengadu padanya kerana ia maha pengasih penyayang dan maha mendengar rintihan umatnya.
"Ya Allah, nikmat yang aku terima selama ini, atau yang diterima oleh salah seorang dari Hamba-Mu, maka sumbernya hanyalah engkau semata, tiada sekutu bagi-Mu, bagi-Mu lah pujian dan kepada-Mu Kami bersyukur atas semuanya."
Wednesday, December 26, 2007
Harapan
Semalam aku berada di Masjid Al Falakh Subang Jaya. Aku melihat ada satu kumpulan tu berkumpul di satu sudut di masjid al falah tu. kalau ikut pengamatan aku kumpulan ni nak hantar rombongan berkahwin. Sementara kami semua terlalu tekun mendengar kuliah "Hidayatus Salikin" oleh Syed Fahmi Zam Zam.
Aku teringat satu ketika dahulu dimana aku datang ke masjid Al Falakh ni untuk solat zuhur sementara menunggu perlawanan Futsal yang aku sertai. Aku pun sama seperti rombongan itu singgah sebentar di masjid ini dan selepas itu terus meninggalkan masjid untuk menjalani urusan yang lain. Padahal pada hari itu di masjid Al Falakh ada kuliah yang menarik tapi aku tak tertarik. Tapi kini aku menjadi insan yang rajin kembali semula ke masjid ini untuk mendengar majlis-majlis ilmunya.
Semoga akan terbuka hati mereka -mereka yang ada dalam rombongan perkahwinan itu tadi akan menjadi pengunjung setia di masjid Al Falakh tu nanti bagi menghadiri majlis-majlis ilmunya. Insyaallah.
Monday, December 17, 2007
Dah Mencari Udang Pulak
Semalam aku gi memancing udang kat Sungai Perak. Kitaorang pergi Telok Intan. Aktiviti memancing udang aku yang pertama. Pergi seramai lapan orang.
Aku yang paling awal sampai. Selepas subuh dah bertolak dah. Dan aku orang yang paling akhir balik dalam kumpulan aku tu sampai rumah selepas isyak. Mungkin disebabkan hasil yang kurang mengancam menyebabkan ramai yang tewas awal dalam aktiviti ni. Aku bawak balik pun tak banyak. Nak pergi memancing kat Laut musim tengkujuh. Tak pe lah sekali sekala.
p/s: Gambar kat atas tu bukannya gambar udang yang aku tangkap. Allah rezekikan kat aku udang yang kecik-kecik je. Lagi pun Aku tak bawak kamera.

Saturday, December 15, 2007
Semangat Pagi
Boleh dikatakan setiap pagi aku akan mendapat sms " As 8.00 a.m. workers just arrive, fine weather , traffic smooth both bound" Ia seolah olah ucapan selamat pagi kepada aku dan boleh membentuk mood kerja aku. Kalau message tu cuaca tu tu berawan ke, mendung ke, hujan ke. Mood aku terhadap kerja pun berubah le...
Teringat aku kisah orang tua kita dulu-dulu Memulakan kerja seawal yang mungkin. Selepas subuh gelap -gelap dah pergi ke kebun, ke bendang. Dah pergi menoreh getah..., Pukul 10 pagi dah balik rumah. Dah berehat..., Petang sikit pergi kebun semula menebas, membersih kebun...,,, Walaupun hidup tak semewah mana tapi masih lagi mampu nak menjaga dan membesarkan anak-anak yang ramai sampai berbelas orang...,,, Ada masa berehat. Ada peluang untuk berada kat surau pada setiap waktu solat berjemaah.
Friday, December 14, 2007
Thursday, December 13, 2007
Mak Aku Menunaikan Haji
Alhamdulillah keatas keizinannya mak aku dah berada kat tanah suci sekarang. dia bertolak pada 11th december 2007 tu hari. Mak aku dapat tahu pun dalam minggu lepas. Selama ini dia hanya ada dalam quota 'stand by'. Alhamdullilah disebabkan persediaan awal jadi tak lah kelam kabut sangat nak pergi tu. Besar Cita-cita dan harapan mak aku nak kesana. Bersungguh dia mengikuti segala kuliah kuliah yang berkaitan dengan ibadah Haji. Aku pun dah berapa kali dok menghantar mak aku tu pergi ke Kuliah.
Ramai betul orang yang berada kat Tabung Haji Kelana Jaya waktu tu. Bertolak tolak, berasak-asak. Antara percubaan awal yang dihadapi oleh jemaah Haji. Aku dapat bayangkan kalau kat tanah suci nanti keadaan lebih lagi. Jutaan manusia ada disana. Bagi orang-orang yang telahpun sampai kesana lebih mengetahui daripada diriku ini.
Semoga ramai yang berjaya mendapat haji yang mabrul. Semoga mak aku sentiasa dilindungi, di sayangi dan dipermudahkan perjalanannya disana nanti. Amin

Monday, December 3, 2007
LARIAN AMAL
Lama betul aku tak menyertai larian. Hari sabtu tempohari 1 st december 2007 atas jasa baik adik aku yang menjadi ajk jadi aku dapat le masuk larian. LARIAN AMAL HUKM. Sempena 10 tahun penubuhan HUKM kalau tak silap aku. 10Kilometer. Larian yang bermula dari HUKM pergi Bandar Tasik permaisuri. Taman Midah Balik semula ke HUKM. Tahniah kepada penganjur kerana menyediakan laluan yang berbukit naik semput nafas aku. Yang aku tak bersetuju kerana kita orang kena melalui kawasan plant konkrit kawasan tu penuh berabuk dan debu. Tak menyehatkan.
Kepada "Dr. Sheikh Muszaphar" yang turut hadir pada majlis tu mintak maaf le aku tak berminat sangat nak beramah mesra dengan dia. Matlamat aku nak masuk larian je.. kaki aku dah lengoh dah jam tu...
Kepada "Dr. Sheikh Muszaphar" yang turut hadir pada majlis tu mintak maaf le aku tak berminat sangat nak beramah mesra dengan dia. Matlamat aku nak masuk larian je.. kaki aku dah lengoh dah jam tu...
Subscribe to:
Posts (Atom)