Office dah sunyi dah... Walaupun minggu depan masih lagi kerja tapi aku lihat mood office ni dah muram. Kesibukan menghantar kad Raya, Pergi Jamuan berbuka, Pergi Bank tukar duit Raya, carik sampul duit raya menjadi Aktiviti utama bila dah dekat dekat nak raya ni...
Mesyuarat-mesyuarat semua dah di tangguhkan selepas raya. Mesin-Mesin pun dah nak mula masuk stor. Kena peram sehingga lepas raya. Aku cuba bukak bukak blog orang-orang lain dah ramai ke bukak cerita nak raya nih. Nampak tak aktif lagi mungkin minggu depan kot.
Raya paling syok pun bila zaman budak-budak lah. ni dah berumur ni dah tak best sangat pun dok layan-layan budak lah pulak. Mesti singgah tiap tiap rumah punya. Jam tu baru nampak ih.. ramai rupanya budak -budak kat sini.
Baru Ingat ini dah masuk 10 hari yang terakhir ramadhan. Aku masih lagi tak berebut 10 hari yang terakhir ni. Macam nyawa aku ni masih lagi panjang je. Apa-apa hal aku nak mintak maaf kepada semua orang yang lalu disini samada kenal atau tidak. Mana tahu ini merupakan ramadhan yang terakhir bagi diriku.
2 comments:
salam,
hmm..semoga berjumpa lagi di ramadhan yang akan datang...
mohon maaf juga jika ada kekasaran dan kesalahan...
saya pun macam jugak...
Post a Comment