Powered By Blogger

Friday, October 19, 2007

Kenangan Ketika Raya...


Akhir nya kita telah berada di bulan Syawal. Semoga para sahabat telah pun bergembira bersama keluarga dan berhari Raya di kampung. Raya tahun ni aku banyak menangkap ikan kat sungai. Berbeza dengan waktu kanak-kanak dulu.

Zaman budak budak dulu asyik collect duit raya. jalan berapa jauh pun tak pe. Pengalaman paling indah sekali aku dengan bapak sedara aku (sebaya) beraya kat Kuala Pilah. Naik basikal. waktu tu aku ingat umur aku 11 tahun ke 10 tahun kot. Perjalanan berbasikal yang bila dewasa ni suatu perkara yang luar biasa. Sesiapa yang biasa kawasan Kuala Pilah boleh mengambarkan jarak perjalanan kami ni. Dari Pekan Kuala Pilah pergi ke Kg Parit ke Seri menanti ke Kg Tengah, Ke Senaling ke Batu 46 dan kembali semula ke Kuala Pilah. Aku rasa lebih 30 Km kot. hehehe... Hilang akal punya budak...

Disebabkan aktiviti luar biasa kitaorang tu kitaorang telah dihukum teruk oleh Arwah Atuk aku dan basikal yang kami tunggang tu telah pun digantung kat pokok nangka. Dah la tu perangai budak-budak mana tahu bahaya pun. Padan muka sendiri.

p/s: Credit untuk Bapak Sedara aku sebab menghangatkan kembali kisah ni...

Selamat Hari Raya Aidil fitri

1 comment:

Anonymous said...

salam ihmaza,

selamat hari raya yang terlewat...

blog ni kembali kelam...emm kenalah saya membaca dalam keadaaan kelam juga..

semoga menerima sedikit cahaya...agar blog ini dan penulisnya bercahaya..dan kemudian berupaya memberi cahaya pula..insyaAllah..

-alida-