Powered By Blogger

Friday, April 17, 2009

Semalam yang Panjang

Malam tadi aku dan teman serumah ku bersembang tentang pengalaman hidup masing-masing. Penuh dengan onak, duri dan berliku. Sejak mulanya dari zaman belajar, bekerja dan berumah tangga. Akhirnya kami sama-sama bersetuju yang setiap perjalanan yang telah kita lalui adalah kehendak Ilahi. Dan Kami sama-sama bersyukur terhadap apa yang Allah anugerahkan kepada kita walaupun kehidupan kami tidaklah semewah Bill Gates.
Sebelum tu kita orang ada berjumpa seorang lagi teman yang bermula dalam kehidupan yang susah dengan izin Allah akhirnya dia berjaya dalam hidup dalam mendapatkan kemewahan dunia. Walaupun sekarang hidupnya mewah tetapi dia sentiasa sahaja dibayangi bahaya orang-orang yang iring hati dengan kemewahannya yang ingin merampas kemewahannya. Dan dirinya sentiasa dalam keadaan tidak selesa dan katakutan. Jadi apelah nikmatnya kemewahan dunia ini.
Dalam Kesunyian malam tadi, aku membuka buku tulisan Harun Yahya menceritakan bahawa kehidupan dan kemasyuran kita dalam dunia ini hanyalah bersifat sementara. Kita akan menjadi semakin tua dan menjadi semakin lemah dan akhirnya meninggalkan dunia yang sementara ini. Jadi tak perlu le kita mengejarkan kemewahan yang bersifat sementara itu sebab kita tidak mampu menikmatinya dalam tempoh masa yang lama. Akhirnya kita akan meninggalkannya. Yang kita bawa hanyalah sehelai kain putih yang nipis yang meliputi badan dan akhirnya kain itu akan reput didalam tanah. kulit dan anggota tubuh kita juga akan hancur di mamah bumi. Tinggallah tulang belulang kita yang tidak lagi bernyawa.

" Ya Allah aku mohon redhamu, aku mohon keampunanmu, aku mohon simpatimu, aku mohon kasih sayangmu, Pandanglah kami yang kerdil ini. Ampunilah kami yang lemah ini. kami tidak berdaya tanpamu. jangan kami dibebani kemewahan yang akan menyebabkan kami lalai daripadamu.janganlah kami dibelenggu kemiskinan yang menyebabkan kami tidak mengharapkanmu. Sesungguhnya kau yang maha pengasih, penyayang lagi maha pengampun."

No comments: