Powered By Blogger

Tuesday, October 30, 2007

Aku Tak Sihat...

Dah seminggu dah badan aku ni dibungkus dengan baju yang tebal-tebal. Walaupun begitu aku tetap pergi berkerja macam biasa. Batuk, sakit tekak tu perkara biasalah. Aku telepon bapak sedara ku dia pun kata baru lepas demam habis satu keluarga kena attack...mungkin dah start kot musim demam ni. Dengan keadaan cuaca yang mendung menyebabkan segala perancangan kerja tidak dapat di jalan kan dengan lancar.

Dr. Sheikh Muszaphar pun dah turun ke bumi dan dah sampai ke Malaysia dah. Aku punya cita-cita waktu zaman kecik dulu-dulu nak cipta roket agak-agaknya boleh berjaya tak....? Bila bukak paper sekarang ni keluar pulak ECER. Wah bertambah maju le negara kita nih... bertambah sakit le bumi ini... Tu Hari ada kawan aku mengadu tentang masalah kat Pendang selalu banjir... Sekarang dah ade budget untuk memperbaiki permasalahan itu(RM 260 juta lagi)... maka akan terjadilah binaan-binaan konkrit yang mesra alam... Walaupun ianya tidaklah sepertimana mana Alam semula jadi ciptaan Allah ini....

Friday, October 19, 2007

Kenangan Ketika Raya...


Akhir nya kita telah berada di bulan Syawal. Semoga para sahabat telah pun bergembira bersama keluarga dan berhari Raya di kampung. Raya tahun ni aku banyak menangkap ikan kat sungai. Berbeza dengan waktu kanak-kanak dulu.

Zaman budak budak dulu asyik collect duit raya. jalan berapa jauh pun tak pe. Pengalaman paling indah sekali aku dengan bapak sedara aku (sebaya) beraya kat Kuala Pilah. Naik basikal. waktu tu aku ingat umur aku 11 tahun ke 10 tahun kot. Perjalanan berbasikal yang bila dewasa ni suatu perkara yang luar biasa. Sesiapa yang biasa kawasan Kuala Pilah boleh mengambarkan jarak perjalanan kami ni. Dari Pekan Kuala Pilah pergi ke Kg Parit ke Seri menanti ke Kg Tengah, Ke Senaling ke Batu 46 dan kembali semula ke Kuala Pilah. Aku rasa lebih 30 Km kot. hehehe... Hilang akal punya budak...

Disebabkan aktiviti luar biasa kitaorang tu kitaorang telah dihukum teruk oleh Arwah Atuk aku dan basikal yang kami tunggang tu telah pun digantung kat pokok nangka. Dah la tu perangai budak-budak mana tahu bahaya pun. Padan muka sendiri.

p/s: Credit untuk Bapak Sedara aku sebab menghangatkan kembali kisah ni...

Selamat Hari Raya Aidil fitri

Thursday, October 11, 2007

Nasihat


"Dan wahai kaumku, Mintalah ampun kepada Tuhan Kamu, Kemudian kembali taat kepadanya, supaya ia menghantar kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan disamping kekuatan kamu yang sedia ada."
(Surah Hud : 11 : 52)

Friday, October 5, 2007

Raya Menghampiri

Office dah sunyi dah... Walaupun minggu depan masih lagi kerja tapi aku lihat mood office ni dah muram. Kesibukan menghantar kad Raya, Pergi Jamuan berbuka, Pergi Bank tukar duit Raya, carik sampul duit raya menjadi Aktiviti utama bila dah dekat dekat nak raya ni...

Mesyuarat-mesyuarat semua dah di tangguhkan selepas raya. Mesin-Mesin pun dah nak mula masuk stor. Kena peram sehingga lepas raya. Aku cuba bukak bukak blog orang-orang lain dah ramai ke bukak cerita nak raya nih. Nampak tak aktif lagi mungkin minggu depan kot.

Raya paling syok pun bila zaman budak-budak lah. ni dah berumur ni dah tak best sangat pun dok layan-layan budak lah pulak. Mesti singgah tiap tiap rumah punya. Jam tu baru nampak ih.. ramai rupanya budak -budak kat sini.

Baru Ingat ini dah masuk 10 hari yang terakhir ramadhan. Aku masih lagi tak berebut 10 hari yang terakhir ni. Macam nyawa aku ni masih lagi panjang je. Apa-apa hal aku nak mintak maaf kepada semua orang yang lalu disini samada kenal atau tidak. Mana tahu ini merupakan ramadhan yang terakhir bagi diriku.

Wednesday, October 3, 2007

Hmm....

" Tiada Apa yang perlu ditakutkan kerana segala kebaikan dan keburukan datangnya dari Allah.

Sebenarnya Allah sedang menguji kamu dengan kepedihan supaya kamu mahu beriman"