Alhamdulillah dengan keizinan Allah s.w.t. baru-baru aku telah di jemputnya untuk menunaikan umrah dan ziarah bagi mengucapkan selawat dan salam kepada kekasihnya baginda Rasullulah s.a.w. Tempat-tempat yang idaman setiap muslim untuk sampai ke sana.
Dan ketika aku mengunjungi masjid Nabawi yang penuh barakah yang mengandakan pahala sebanyak 1000 kali ganda itu ada keistimewaan yang lain yang dapat aku lihat. ketika berada di raudah dan berkesempatan beriktikaf di sana aku dapati berapa kecilnya masjid asal berbanding masjid sekarang. mungkin masjid lama hanya dapat menampung seramai beberapa ratus jemaah sahaja atau mungkin ribuan berbanding masjid sekarang yang mungkin dapat menampung ratusan ribu atau jutaan umat islam. Tetapi dengan jumlah jemaah yang hanya beberapa ribu itu mampu menakluk dunia berbanding dengan jumlah jemaah yang mempunyai berbilion sekarang.
Hebatnya mereka berbanding kita sekarang ini. selawat dan salam kepada rasulullah s.a.w. dan para sahabat rasulullah s.a.w. yang cukup hebat yang mengembangkan kalimah tauhid kepada umat manusia.
No comments:
Post a Comment