Powered By Blogger
Showing posts with label Riadah. Show all posts
Showing posts with label Riadah. Show all posts

Tuesday, January 15, 2008

Pengalaman Seram.


Hujung Minggu lepas aku pergi memancing kat Pulau Sembilan. Rupanya-rupanya ade sembilan pulau yang kecik-kecik kat sana patut le dipanggil Pulau Sembilan. Tak banyak pun hasil yang aku dapat. Pemancing Amatur macam aku nih ikan-ikan tu tak berani nak makan pancing aku. Tak pe lah sebahagian dari Riadah. Selesai memancing aku pun berangkat balik le. Pergi Ipoh Jap. Mandi-mandi kat rumah kawan lepas tu bergerak balik. Aku berhenti kat Simpang Pulai makan. Kat gerai tu aku sorang jadi pelanggan dia. Pada hari tu rezeki aku kat gerai tu dan pemilik kedai tu memperolehi rezekinya melalui aku. Mungkin selepas aku meninggalkan gerai tu ramai lagi kot pelanggan yang datang makan disana.
Aku berhenti di Tapah solat Jamak Isyak dan Maghrib. Sunyi Masjid tu. Mungkin dah pukul 10 malam kot. Meremang tengkuk aku. Dengan keadaan yang gelapnya. Dengan cahaya lampu neon yang berbalau-balau. Takut betul aku waktu tu. Masuk toilet sunyi. Terdengar bunyi cengkerik yang cukup ngaring. Aku kuatkan semangat sebab aku tahu aku berada di rumah Allah. Selepas berwudu' aku pun masuk le ke dalam Masjid nak bersolat. Terkejut aku di dalam masjid tu ada seorang hamba Allah duduk kusyuk bertafakur, beriktikaf. Hebat sahabat tu. Dia tak takut gelap. Dia lebih takutkan Allah s.w.t. Selepas solat aku pun meninggalkan masjid tu terus balik ke rumah.

Monday, December 17, 2007

Dah Mencari Udang Pulak

Semalam aku gi memancing udang kat Sungai Perak. Kitaorang pergi Telok Intan. Aktiviti memancing udang aku yang pertama. Pergi seramai lapan orang.
Aku yang paling awal sampai. Selepas subuh dah bertolak dah. Dan aku orang yang paling akhir balik dalam kumpulan aku tu sampai rumah selepas isyak. Mungkin disebabkan hasil yang kurang mengancam menyebabkan ramai yang tewas awal dalam aktiviti ni. Aku bawak balik pun tak banyak. Nak pergi memancing kat Laut musim tengkujuh. Tak pe lah sekali sekala.




p/s: Gambar kat atas tu bukannya gambar udang yang aku tangkap. Allah rezekikan kat aku udang yang kecik-kecik je. Lagi pun Aku tak bawak kamera.

Monday, December 3, 2007

LARIAN AMAL

Lama betul aku tak menyertai larian. Hari sabtu tempohari 1 st december 2007 atas jasa baik adik aku yang menjadi ajk jadi aku dapat le masuk larian. LARIAN AMAL HUKM. Sempena 10 tahun penubuhan HUKM kalau tak silap aku. 10Kilometer. Larian yang bermula dari HUKM pergi Bandar Tasik permaisuri. Taman Midah Balik semula ke HUKM. Tahniah kepada penganjur kerana menyediakan laluan yang berbukit naik semput nafas aku. Yang aku tak bersetuju kerana kita orang kena melalui kawasan plant konkrit kawasan tu penuh berabuk dan debu. Tak menyehatkan.

Kepada "Dr. Sheikh Muszaphar" yang turut hadir pada majlis tu mintak maaf le aku tak berminat sangat nak beramah mesra dengan dia. Matlamat aku nak masuk larian je.. kaki aku dah lengoh dah jam tu...

Monday, November 26, 2007

Rezeki..

Semalam keadaan dipengkalan bot agak sunyi. Tak ramai orang yang berani turun ke laut semalam. Pagi Pagi tu aku perhatikan ade le 3, 4 buah bot je yang nak berlabuh. Aku tanya salah seorang sahabat ku. Dia kata hari ni air laut bergelombang jadi tak ramai yang nak turun, Yang turun pun tak ramai yang berani ke luar ke laut lepas.

Pukul 8.30 pagi kitaorang pun berlayar le ke tengah laut pergi Unjang yang selalu kitaorang pergi. Sampai-sampai je baling apallo tarik-tarik naik ikan selar. terbelit seribu apallo aku tu. Tengok sambutan menggalakan. tak la aku nak bukak simpulan apallo tu... ganti pulak dengan apallo baru,aku tukar batu yang agak besar. Tarik.. dapat lagi selar. simpul lagi. tukar lagi apallo baru. Tukar lagi batu yang lebih besar lagi. Baru jadik.., Kengkawan yang satu bot dengan aku tarik-tarik 8,9 ekor sekali naik.

Lepas tu Tak berhenti berhenti dok tarik ikan. Selar, cencaru, kembong. Bagi aku yang tahap amatur ni kira mewah dah ni dapat bawak balik ikan hampir satu tong. Walaupun aku tak berjaya nak menaik kan ikan bersaiz besar seperti ikan kaci, ikan tenggiri. Boleh tahan sampai 2 bulan ni tak payah beli ikan. Murah betul rezeki aku semalam, alhamdulillah...

Wednesday, August 22, 2007

Jogging

Assalamualaikum...,
Lama betul dah aku tak lakukan aktiviti riadah ni. Maklumlah sibuk beramal pada bulan Rejab (Ceh.. macam bagus) tambahan pula aktiviti ke laut pergi menangkap ikan, sotong dan lain-lain.

Bulan Syaban ni patutnya aku tingkatkan lagi usaha sebab Rasullulah s.a.w. rajin berpuasa pada bulan ni tetapi apa nak buat, pada ketika ini roda hidup aku berada dalam kedudukan agak rendah sedikit asyik berperang dengan diri sendiri je. Insyaallah aku cuba usahakan bahawa agar bulan syaban ini lebih baik dari bulan rejab lepas. Kalau tak tahun ni tahun depan pulak aku cuba, itupun kalau aku panjang umur.

Bila dah lama tak jogging ni mulalah dia nak gatal seluruh anggota badan tu. Peha gatal, perut gatal, betis gatal, punggung gatal pinggang gatal, semuanya gatallah. Aku rasa liang pepeluhan tu dah tersumbat kot. Tu yang habis semua gatal tu. Tapi dah dapat balik tempo dia peh.., mula mula 1km, lepas tu 2km, 4km, 8km. Lepas tu boleh dah masuk half marathon la pulak bila dah fit balik nanti. Hehehe…. Aku harap aku boleh buat semula, Hari ni aku jogging dapat 1km. Aktiviti ni kalau di buat hari-hari kira hebatlah tapi sebagai seorang yang berkerjaya kalau dapat 3 kali seminggu pun dah kira alhamdulilah. Tak payah lama pun satu sesi dapat jogging selama 20 minit pun okey.


Tapi aku lebih mengimpikan aktiviti yang menggunakan basikal. Aku nak berbasikal sampai ke Siam, Burma, Vietnam senang cerita ke seluruh Asia Tenggara lah. Tapi aku belum lagi memiliki basikal. Insyaallah, Mana tahu Allah s.w.t. permudahkan impian aku ni. Dapat melihat dan menikmati keindahan ciptaannya.

Thursday, August 2, 2007

Experiment2: Ujian Mabuk Laut

Assalamualaikum...,,

Member-member aku yang turut sama mula-mula memancing kat laut banyak yang mabuk laut. Nampak diorang tu bersungguh sangatlah nak memancing kat laut dalam nih. Kata diorang kuranglah salah satu aktiviti riadah diorang. Aku pulak teragak nak tolong diorang. jadi aku buat simulation. kalau diorang boleh tengok video yang aku buat ini tanpa rasa pening kepala aku rasa diorang ni dah lulus ujian peringkat pertama "Mabuk Laut". Jadi boleh jumpa aku nanti aku bagi sijil pra peringkat pertama. Peringkat kedua kena jumpa doktor beli pil tahan mabuk.



Tapi kalau orang yang dah biasa kelaut tengok video aku ni pening gak. Aku pencenlah jadi jurulatih pergi mancing laut nih. :)

Wednesday, July 25, 2007

Pancing



Peralatan dah siap dah.
Tak Lama lagi turun lah






Ada ketenangan disini








Ada keindahan disini






Penuh dengan kepayahan





Yang membawa erti kehidupan