Showing posts with label Renungan untukku. Show all posts
Showing posts with label Renungan untukku. Show all posts
Friday, April 16, 2010
Kerisauan ku
Beberapa hari lepas aku dapatlah dengar kuliah agama tentang Asma' Ul-Husna kat surau kawasan rumah ku. Dalam kuliah tu Ustaz tu telah memberi penjelasan beberapa nama Allah seperti As-Sami', Al- Basir, Al Hakim dan beberapa nama lagi. Bila Ustaz menjelaskan Al-Basir aku cukup takut sebab aku sentiasa sahaja melakukan kesalahan kesilapan dan perkara-perkara yang tak baik. Cukup risau aku di buatnya. Moga-moga dengan sifat-sifatnya Al-Latif, Al-Rahman,Al-Rahim Allah dapat memaafkan segala kesilapan dan kesalahan sepanjang hidup ku ini. Sesungguhnya aku ini cukup lemah tanpa mu Ya Allah.
Friday, April 2, 2010
Ziarah Madinah
Alhamdulillah dengan keizinan Allah s.w.t. baru-baru aku telah di jemputnya untuk menunaikan umrah dan ziarah bagi mengucapkan selawat dan salam kepada kekasihnya baginda Rasullulah s.a.w. Tempat-tempat yang idaman setiap muslim untuk sampai ke sana.
Dan ketika aku mengunjungi masjid Nabawi yang penuh barakah yang mengandakan pahala sebanyak 1000 kali ganda itu ada keistimewaan yang lain yang dapat aku lihat. ketika berada di raudah dan berkesempatan beriktikaf di sana aku dapati berapa kecilnya masjid asal berbanding masjid sekarang. mungkin masjid lama hanya dapat menampung seramai beberapa ratus jemaah sahaja atau mungkin ribuan berbanding masjid sekarang yang mungkin dapat menampung ratusan ribu atau jutaan umat islam. Tetapi dengan jumlah jemaah yang hanya beberapa ribu itu mampu menakluk dunia berbanding dengan jumlah jemaah yang mempunyai berbilion sekarang.
Hebatnya mereka berbanding kita sekarang ini. selawat dan salam kepada rasulullah s.a.w. dan para sahabat rasulullah s.a.w. yang cukup hebat yang mengembangkan kalimah tauhid kepada umat manusia.
Friday, June 12, 2009
Untuk Diriku
Hari ni aku pergi awal ke masjid untuk Jumaat. Sampai di sana ade lah dengar taskirah sedikit sempena nak menghampiri bulan rejab ni dan segala amalan yang elok di lakukan pada bulan- bulan tersebut. selepas habis sholat jumaat aku pun keluar makan.
Ketika ini aku terfikir pulak ape lah nak jadi dengan aku ni.
Ketika ini aku terfikir pulak ape lah nak jadi dengan aku ni.
Aku boleh berdiri di padang kawad selama 2 jam ketika menantikan kehadiran Sultan dalam keadaan yang segak tetapi aku tak mampu nak kusyuk ketika imam membaca al-fatihah dan ayat-ayat lazim dalam sholat.
Aku mampu menonton wayang selama 2,3 jam dalam keadaan kusyuk tetapi tak mampu kusyuk apabila mendengar taskirah dan kutbah jumaat.
Aku mampu duduk lama selepas menikmati juadah makanan tetapi aku tak mampu nak duduk lama dalam masjid selepas menunaikan sholat.
Teruk betul aku nih. Kerana tak dapat merasai nikmat beribadat.
Aku mampu menonton wayang selama 2,3 jam dalam keadaan kusyuk tetapi tak mampu kusyuk apabila mendengar taskirah dan kutbah jumaat.
Aku mampu duduk lama selepas menikmati juadah makanan tetapi aku tak mampu nak duduk lama dalam masjid selepas menunaikan sholat.
Teruk betul aku nih. Kerana tak dapat merasai nikmat beribadat.
Friday, April 17, 2009
Semalam yang Panjang
Malam tadi aku dan teman serumah ku bersembang tentang pengalaman hidup masing-masing. Penuh dengan onak, duri dan berliku. Sejak mulanya dari zaman belajar, bekerja dan berumah tangga. Akhirnya kami sama-sama bersetuju yang setiap perjalanan yang telah kita lalui adalah kehendak Ilahi. Dan Kami sama-sama bersyukur terhadap apa yang Allah anugerahkan kepada kita walaupun kehidupan kami tidaklah semewah Bill Gates.
Sebelum tu kita orang ada berjumpa seorang lagi teman yang bermula dalam kehidupan yang susah dengan izin Allah akhirnya dia berjaya dalam hidup dalam mendapatkan kemewahan dunia. Walaupun sekarang hidupnya mewah tetapi dia sentiasa sahaja dibayangi bahaya orang-orang yang iring hati dengan kemewahannya yang ingin merampas kemewahannya. Dan dirinya sentiasa dalam keadaan tidak selesa dan katakutan. Jadi apelah nikmatnya kemewahan dunia ini.
Dalam Kesunyian malam tadi, aku membuka buku tulisan Harun Yahya menceritakan bahawa kehidupan dan kemasyuran kita dalam dunia ini hanyalah bersifat sementara. Kita akan menjadi semakin tua dan menjadi semakin lemah dan akhirnya meninggalkan dunia yang sementara ini. Jadi tak perlu le kita mengejarkan kemewahan yang bersifat sementara itu sebab kita tidak mampu menikmatinya dalam tempoh masa yang lama. Akhirnya kita akan meninggalkannya. Yang kita bawa hanyalah sehelai kain putih yang nipis yang meliputi badan dan akhirnya kain itu akan reput didalam tanah. kulit dan anggota tubuh kita juga akan hancur di mamah bumi. Tinggallah tulang belulang kita yang tidak lagi bernyawa.
" Ya Allah aku mohon redhamu, aku mohon keampunanmu, aku mohon simpatimu, aku mohon kasih sayangmu, Pandanglah kami yang kerdil ini. Ampunilah kami yang lemah ini. kami tidak berdaya tanpamu. jangan kami dibebani kemewahan yang akan menyebabkan kami lalai daripadamu.janganlah kami dibelenggu kemiskinan yang menyebabkan kami tidak mengharapkanmu. Sesungguhnya kau yang maha pengasih, penyayang lagi maha pengampun."
Sebelum tu kita orang ada berjumpa seorang lagi teman yang bermula dalam kehidupan yang susah dengan izin Allah akhirnya dia berjaya dalam hidup dalam mendapatkan kemewahan dunia. Walaupun sekarang hidupnya mewah tetapi dia sentiasa sahaja dibayangi bahaya orang-orang yang iring hati dengan kemewahannya yang ingin merampas kemewahannya. Dan dirinya sentiasa dalam keadaan tidak selesa dan katakutan. Jadi apelah nikmatnya kemewahan dunia ini.
Dalam Kesunyian malam tadi, aku membuka buku tulisan Harun Yahya menceritakan bahawa kehidupan dan kemasyuran kita dalam dunia ini hanyalah bersifat sementara. Kita akan menjadi semakin tua dan menjadi semakin lemah dan akhirnya meninggalkan dunia yang sementara ini. Jadi tak perlu le kita mengejarkan kemewahan yang bersifat sementara itu sebab kita tidak mampu menikmatinya dalam tempoh masa yang lama. Akhirnya kita akan meninggalkannya. Yang kita bawa hanyalah sehelai kain putih yang nipis yang meliputi badan dan akhirnya kain itu akan reput didalam tanah. kulit dan anggota tubuh kita juga akan hancur di mamah bumi. Tinggallah tulang belulang kita yang tidak lagi bernyawa.
" Ya Allah aku mohon redhamu, aku mohon keampunanmu, aku mohon simpatimu, aku mohon kasih sayangmu, Pandanglah kami yang kerdil ini. Ampunilah kami yang lemah ini. kami tidak berdaya tanpamu. jangan kami dibebani kemewahan yang akan menyebabkan kami lalai daripadamu.janganlah kami dibelenggu kemiskinan yang menyebabkan kami tidak mengharapkanmu. Sesungguhnya kau yang maha pengasih, penyayang lagi maha pengampun."
Monday, February 4, 2008
Hmm....
Pagi tadi selepas solat subuh, dengan izin Allah s.w.t. yang memberikan ruang sedikit ruang kepadaku dan dapatlah aku membaca sedikit buku yang aku beli semalam "Hakikat Kehidupan Duniawi" Tulisan Harun Yahya. Ada suatu perkara yang menyentuh hati aku yang telah disebutkan oleh penulis dalam bab pengenalan. Ia memberitahu bahawa walaupun ramai orang mengaku bahawa alam semesta ini dijadikan oleh Allah,tetapi masih tidak memahami pengaruh dari kesan kebenaran tersebut terhadap kehidupan mereka. Masih lagi tidak tahu mensyukuri, masih mengengkari dan selengah-lengahkan suruhannya. Dan disertai dengan Ayat Al Quran, yang bermaksud :
Dan sesungguhnya jika kamu bertanya kepada mereka,"Siapakah yang menciptakan langit dan Bumi?" tentu mereka akan menjawab; "Allah". Katakanlah " Sesungguhnya segala puji bagi Allah" tetapi kebanyakkan mereka tidak mengetahui. Surah Luqman ayat 25
Dan Sungguh jika kamu bertanya kepada mereka;" Siapakah yang menciptakan mereka,nescaya mereka menjawab "Allah", maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan (dari menyembah Allah)
Sedih betul bila memikirkan kenapa kita ini selalu lari (berpaling) dari Rahmat Allah. Ketika majlis ilmu diadakan, para malaikat akan turut serta didalam majlis ilmu tersebut dan mengerbangkan sayapnya dan pada ketika itu juga kita melarikan diri dari majlis tersebut kerana sibuk hal duniawi, berpaling daripada rahmatnya. ketika habis solat Jumaat kita berlumba-lumba keluar bagi menyambung urusan duniawi kita padahal ketika itu berapa banyak rahmat yang Allah taburkan selepas solat Jumaat. Kenapa kita tidak dapat merasai kemanisan, keharuman dan kenikmatan yang Allah s.w.t. taburkan kepada kita ini pada ketika itu. Kenapa keduniaan juga yang nak kita kejarkan itu padahal kita akan meninggalkan dunia untuk selama-lamanya nanti.
Wednesday, January 23, 2008
Cahaya
Bismilahirahmannirahim..,
Apabila ada orang mintak aku terangkan apa ilmu yang aku dapat dalam kuliah ruhaniyyah baru-baru ini aku rasa serba-salah. Takut tersalah memberi penerangan. Kitab al-hikam -ibnu Ata'illah As Sakandari merupakan kitab yang cukup Hebat dan istimewa. Ia seumpama lautan Luas tidak akan kering yang didalamnya penuh dengan Khazanah yang tak ternilai harganya. Lagipun aku bukannya ahli yang boleh menjelaskan sebaik mungkin kitab tersebut.
Kali ini ia menceritakan tentang 'Nur'. Nur yang dicampakkan oleh Allah s.w.t. kedalam hati kita yang membuka dan menerangkan benda-benda yang samar-samar. yang menjadi tentera hati dan menjadi musuh tentera nafsu. Yang menjadi kenderaan hati yang membimbing kita hampir kepada Allah s.w.t. Cahaya yang mendidik mata hatinya(Basirah) dan melihat amalan semuanya kurnia daripada Allah s.w.t. dan bergembira dan sentiasa bersyukur keatas kurniaan itu.
Nasihat yang aku terima dari Kuliah tersebut Hendaklah kita bermohon kepada Allah s.w.t. agar mencampakkan nur itu kedalam hati kita. Sekiranya Allah mengkehendakinya dah tentu ia akan mencampakkan kepada sesiapa yang dikehendakinya(dikasihinya). Kita juga hendaklah memohon kepada Allah s.w.t. agarkan dicampakkan 'nur' sebanyak-banyaknya kepada kita dan apabila diperolehi hendaklah dijaga sebaik-baiknya agar ianya selama-lamanya kekal bercahaya kerana cahaya itu akan hilang jika kita tidak memeliharanya. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah s.w.t.
"Ya Allah, jadikanlah cahaya hatiku, cahaya dikuburku, cahaya dihadapanku, cahaya dibelakangku, cahaya dikananku, cahaya dikiriku, cahaya diatasku,cahaya dibawahku, cahaya pada pendengaranku, cahaya pada penglihatanku, cahaya pada rambutku, cahaya pada kulitku, cahaya pada dagingku, cahaya pada darahku,cahaya pada tulang-tulangku,Wahai tuhan besarkanlah bagi cahaya dan berikanlah bagi cahaya dan jadikanlah padaku cahaya dan tambahkan aku cahaya dan tambahkan aku cahaya."
Monday, January 21, 2008
Keistimewaan Jumaat
Setelah mendengar Kuliah tentang Adab-adab Jumaat yang disampaikan oleh Syekh Fahmi Zam-Zam terasa pulak bagusnya kalaulah hari Jumaat itu diistiharkan sebagai cuti umum tiap-tiap minggu menggantikan hari Ahad. jadi bolehlah kita memaksimumkan apa yang diunjurkan dari "hidayatus Salikin Fi Suluki Maslakil-Muttaqin". Aku akan cuba semampu mungkin untuk menuruti seberapa banyak yang boleh daripada dua puluh adab yang dinyatakan dalam kitab tu jika diberi kesempatan oleh Allah s.w.t. sebab menurut Imam al Ghazali rahimhullahu taala "Hari Jumaat tu satu hariraya daripada beberapa Hariraya sekelian mukminin, iaitu hari yang mulia, Penghulu segala Hari." (Yang ni aku tambah sendiri)
Walau bagaimanapun aku rasa kita semua berpeluang melakukannya sekali sebab tahun Baru Cina ni pada Har
i Khamis dan Jumaat(7th-8th Feb 2008). Semoga Allah permudahkan. Kalau boleh kita mintak cuti pada hari Jumaat minggu depannya (15th Feb 2008) sebab waktu tu Insyaallah dijadualkan Ulama Besar Al-Habib Umar Al Hafidz akan datang ke Malaysia (Masjid Al Falah,Seksyen 9 Subang Jaya). Jadi boleh duduk kat Masjid Al Falah tu dari pagi sehinggalah ke malam (sampai tamat Majlis bersama Ulama Besar tu). Insyaallah boleh dapat Pahala seolah-olah menyembelih korban seekor unta atau Lembu atau Kambing biri-biri yang bertanduk (Sekiranya datang masjid Awal pagi), dapat Pahala Umrah (sekiranya menunggu sehingga solat Asar), dan dapat Pahala Haji dan Umrah (sekiranya menunggu sampai solat maghrib) lepas tu disambung pulak dengan Majlis bersama Ulama yang mana pada ketika itu Para malaikat juga turut serta di dalam majlis itu.
Jadual ziarah ulama besar tersebut klik disini
(Gambar sebelah di ambil dari Blog http://www.majelisrasulullah.org/ )
Walau bagaimanapun aku rasa kita semua berpeluang melakukannya sekali sebab tahun Baru Cina ni pada Har
i Khamis dan Jumaat(7th-8th Feb 2008). Semoga Allah permudahkan. Kalau boleh kita mintak cuti pada hari Jumaat minggu depannya (15th Feb 2008) sebab waktu tu Insyaallah dijadualkan Ulama Besar Al-Habib Umar Al Hafidz akan datang ke Malaysia (Masjid Al Falah,Seksyen 9 Subang Jaya). Jadi boleh duduk kat Masjid Al Falah tu dari pagi sehinggalah ke malam (sampai tamat Majlis bersama Ulama Besar tu). Insyaallah boleh dapat Pahala seolah-olah menyembelih korban seekor unta atau Lembu atau Kambing biri-biri yang bertanduk (Sekiranya datang masjid Awal pagi), dapat Pahala Umrah (sekiranya menunggu sehingga solat Asar), dan dapat Pahala Haji dan Umrah (sekiranya menunggu sampai solat maghrib) lepas tu disambung pulak dengan Majlis bersama Ulama yang mana pada ketika itu Para malaikat juga turut serta di dalam majlis itu.Jadual ziarah ulama besar tersebut klik disini
(Gambar sebelah di ambil dari Blog http://www.majelisrasulullah.org/ )
Tuesday, January 8, 2008
Belenggu

Selalunya orang sering terpengaruh dengan isu-isu semasa. Masing-masing teruja dan berminat sesuatu perkara itu berdasarkan perkara-perkara terbaharu yang dipaparkan dalam akhbar-akhbar.Besar betul pengaruh media. Ia banyak membina kecenderungan manusia terhadap minat sesuatu perkara. Panas seketika. Dan akhirnya sejuk apabila mereka tidak lagi memperkatakan isu itu. Atau mereka semua telah muak tentang perkara tersebut. Mereka memerlukan perkara yang baru-baru, Yang panas-panas, yang sensasi untuk menghidupkan mereka. Simpati mereka, Keperihatinan mereka.
Itulah sifat am manusia. Tak ramai yang konsistent. Aku masih ingat dengan apa yang aku baca dalam buku "7 habits of highly effective people" berkenaan sifat-sifat "circle of concern" dan "circle of influence". Dimana "circle of influence" banyak membina jati diri ini. tidak terpengaruh dengan pengaruh persekitaran dan bebas dari belenggu. Ia banyak menfokuskan dengan apa kekuatan diri yang kita ada dan bergerak dari situ. Sekiranya kita sentiasa fokus secara tak langsung belenggu-belenggu akan lebih mengecil dan akhirnya kita bebas dari belenggu itu. Dan kita akan menjalani hidup kita mengikut acuan diri kita sendiri dan bukanlah dari ilham orang lain, bukan dari dorongan orang lain. Ianya dari kita sendiri.
Tapi perlu di ingat segala kelebihan kita itu adalah pemberian Allah swt. Asas itu cukup penting. Kita kena akur dan tak boleh lari dari hakikat itu. Ianya akan mengajar kita tentang nikmat bersyukur apabila kita berjaya dan nikmat bersabar apabila di timpa musibah.
Aku tertarik dengan apa yang aku baca dalam terjemahan surah al kahfi (ayat 32-42) yang menceritakan tentang dua orang lelaki bersaudara bernama Qathus (Kafir) dan Yahuza (Mu'min) yang mewarisi harta pusaka yang sama banyak. Qathus membeli tanah yang luas untuk dijadikan kebun dan Yahuza habis digunakan untuk dikorbankan pada amalan sosial. Qathus merasa bongkak kepada Yahuza dengan kekayaan yang dia miliki hasil dari usahanya. Tak lama kemudian datanglah bahaya yang tidak disangka dan telah memusnahkan kesemua kebunnya. Maka timbulllah keinsafan pada dirinya dan menyesali diri. Jadi kita harus insaf bahawa segalanya milik Allah swt . Dan Allah boleh menarik balik nikmat yang telah dia berikan dengan sekelip mata sahaja.
Monday, January 7, 2008
Khusyuk
Aku boleh khusyuk menyanyi, aku boleh khusyuk main gitar, aku boleh khusyuk main komputer games, aku boleh khusyuk baca buku novel tetapi aku tak boleh khusyuk ketika bersolat dan aku tidak boleh khusyuk ketika membaca buku-buku ilmu.Jadi dari mana datangnya rasa seronok yang boleh menimbulkan kekhusyukkan itu. Sehinggakan kita tidak menyedari apa yang telah berlaku disekeliling kita.
Alangkah indahnya sekiranya kekhusyukkan itu aku dapat lakukan sesempurnanya ketika beribadat. Alangkah indahnya kalau aku mengetahui rahsia kekusyukkan itu.
Yang aku tahu kita akan rasa khusyuk kalau kita suka benda itu. Aku suka mencari ilmu. aku suka bersolat. aku nak jadi pandai. aku nak menjadi hamba Alah yang berilmu. Aku nak kan syurga Allah. Tak terhingga nikmatnya yang ada pada syurga Allah. Dah sepatutnya aku akan berusaha bersungguh sungguh untuk mencapainya. Sesungguh mana pun aku usaha aku masih lagi belum mampu sampai tahap kusyuk itu yang membuatkan aku nak mengerjakannya bersungguh. Tetapi benda yang menghala keduniawi mudah betul aku nak membina kekhusyukkan itu. Dahsyat betul tipu daya iblis itu.
Atau Cintaku kepada Allah dan cintaku kepada ilmu masih lagi ditahap yang cukup lemah.
"Sesungguhnya kami jadikan apa yang dimuka bumi sebagai perhiasan,supaya kami uji,manakah diantara mereka,orang yang lebih baik amalannya."
Surah Al-kahfi Ayat 7
Saturday, January 5, 2008
Melayang

Alangkah mulianya aku menjadi orang yang bijak, bercakap tentang ilmu meneliti dan mentafsir segala kejadiaan pada Alam ini. Walaupun dunia ini hanyalah persinggahan sementara namun kita harus berusaha mendapatkan manfaat terhadap apa yang terjadi.
Pagi tadi aku banyak termenung bila memikirkan kewujudan pelbagai species haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Aku cuba memikirkan bagaimana peranan mereka dalam alam ini bagi menstabilkan keseimbangan alam. Aku juga cuba berfikir peranan mereka terhadap manusia. Daripada sekecil-kecil haiwan dan tumbuhan sehingga sebesar besarnya. Dah tentu ada sebab kenapa ianya diciptakan oleh Allah swt. Kehadiran burung-burung yang pelbagai species juga ada sebabnya. Peranan Binatang-binatang buas seperti harimau ,singa dalam menstabilkan kehidupan manusia. Begitu juga tumbuh-tumbuhan yang pelbagai jenis, ada yang menjadi penawar ada yang menjadi racun, ada yang berduri. Masing-masing ada peranan. "Jadi Mengapa kita ni tidak
berfikir".
berfikir".Seperti juga kehadiran kita diatas muka bumi ini pun ada tugas-tugas yang tertentu yang harus kita lakukan. Tak kiralah siapa kita ini dan sebesar mana jawatan yang kita ada dan setinggi mana ilmu yang kita ada namum kita mempunyai peranan dan tugas masing-masing yang telah ditetapkan bagi menyeimbangi dunia ini. Betapa unik nya setiap kita ini. Kenapa kita tidak menyedari tugas-tugas yang harus kita lakukan dan kita masih lagi lalai menunaikan segala tanggungjawab yang telah di amanahkan kepada kita. "Mengapa kita tidak berfikir"
Betapa besar nikmat yang telah Allah berikan kepada kita ini. Jadi kenapa kita masih lagi lalai dan leka dalam mengerjakan apa sahaja suruhannya. Dan mengapa kita masih lagi tidak mengerti dan juga tidak memahami.
Friday, January 4, 2008
Keutamaan Juma'at

Dan pada hadists yang diriwayatkan oleh Anas daripada Nabi saw, bahwa Nabi saw bersabda : " Datang kepadaku Jibrail as. dan pada tangan nya sebuah cermin putih,seraya berkata: " Inilah juma`at, yang diwajibkan keatas engkau oleh Tuhan Engkau,untuk menjadi hari raya bagi engkau dan ummat sesudah engkau". Lalu aku menjawab:" Apakah yang ada untuk kami pada hari juma`at itu?"
Menjawab Jibrail:" Engkau mempunyai waktu yang baik.Barang siapa berdo`a padanya kebajikan,niscaya akan dianugerahkan oleh Allah akan dia.Atau dia tiada memperolehi bahagian, maka disimpankan oleh Allah baginya, yang lebih besar. Atau berlindung ia daripada kejahatan yang telah dituliskan kepadanya,nescaya dilindungi Allah yang lebih besar dari kejahatan itu. Hari Juma`at adalah segala hari bagi kita. Kita bermohon kepada Allah, pada hari akhirat,akan menjadi hari kelebihan!".
Lalu Aku bertanya : "Mengapa demikian?".
Maka Menjawab Jibrail as. " Sesungguhnya Tuhan engkau 'Azza wa Jalla telah menjadikan syurga sebuah lembah yang luas,dari Kasturi putih. Maka apabila datang hari Juma`at,nescaya turunlah ia dari syurga yang tinggi di atas kursiNya. Lalu jelaslah ia akan mereka,sehingga mereka memandang kepada wajahnya yang mulia"
Rujukan : Ihya Ulumiddin Jilid 1
Thursday, January 3, 2008
Selamat Tinggal 2007
Tahun baru bermula.Aku memulai dalam keadaan demam. Tak sihat. Sampai hari nih aku masih lagi belum segar sepenuhnya. Tu hari Aku mengadu dengan Uwan ku. "Uwan, Badan rasa tak cukup segarlah" Lantas Uwan ku menjawab"Tak pe,Diberikanlah kepada kita nih sakit sekali sekala, Dugaan". Aku hanya boleh senyum je le. Hebat kena penangan orang lama-lama nih. Sinis..
Tahun 2008 nih aku tak mau letak matlamat lah... Aku cadang nak letakkan matlamat bermula dari Awal muharram 1429(10th January 2008) sehingga Awal muharram 1430 (29th December 2008). Dan Aku Berazam nak jadi lebih baik sikit dari tahun nih. Tahun nih aku bercadang nak mempertingkatkan lagi usaha untuk menghadiri majlis-majlis ilmu. Nak memperbanyakkan lagi membaca buku-buku yang bermanfaat. Nak memperbanyakkan melakukkan perkara-perkara yang baik dan meniggalkan perkara-perkara yang mungkar. Nak meningkatkan lagi jarak larian yang mampu aku tempohi. Nak menambahkan lagi hasil tangkapan ikan dari pelbagai jenis spesis. Tapi umur kita makin meningkat. Kederat kita makin tak larat. Dari segi mana agaknya tahap kita akan dipertingkatkan.
Semoga Allah mempermudahkan segala usaha kita serta segala cita-cita kita.
Wednesday, December 26, 2007
Harapan
Semalam aku berada di Masjid Al Falakh Subang Jaya. Aku melihat ada satu kumpulan tu berkumpul di satu sudut di masjid al falah tu. kalau ikut pengamatan aku kumpulan ni nak hantar rombongan berkahwin. Sementara kami semua terlalu tekun mendengar kuliah "Hidayatus Salikin" oleh Syed Fahmi Zam Zam.
Aku teringat satu ketika dahulu dimana aku datang ke masjid Al Falakh ni untuk solat zuhur sementara menunggu perlawanan Futsal yang aku sertai. Aku pun sama seperti rombongan itu singgah sebentar di masjid ini dan selepas itu terus meninggalkan masjid untuk menjalani urusan yang lain. Padahal pada hari itu di masjid Al Falakh ada kuliah yang menarik tapi aku tak tertarik. Tapi kini aku menjadi insan yang rajin kembali semula ke masjid ini untuk mendengar majlis-majlis ilmunya.
Semoga akan terbuka hati mereka -mereka yang ada dalam rombongan perkahwinan itu tadi akan menjadi pengunjung setia di masjid Al Falakh tu nanti bagi menghadiri majlis-majlis ilmunya. Insyaallah.
Friday, December 14, 2007
Thursday, October 11, 2007
Wednesday, October 3, 2007
Hmm....
Tuesday, September 25, 2007
Akhir Zaman
Selalu aku merenung kan kehidupan diakhir zaman ini. bagaimana agaknya islam nak mencapai kemenangan nanti sentiasa bermain di fikiran ku. Kita dijanjikan oleh Allah tentang kehadiran imam mahadi bagi menyelamatkan umat manusia pada akhir zaman nanti. Apakah keistimewaan yang ada pada diri imam besar ini sentiasa menarik perhatian ku, sebab kelebihan yang ada pada dirinya dapat membuka mata ramai umat manusia supaya kembali kepada Islam, sehingga dapat menerima Islam dan dapat memberi kemenangan kepada Islam.Islam tak akan berjaya melalui perpaduan sebab aku masih ingat terhadap sepotong hadis berkaitan permintaan Rasullulah terhadap umatnya di akhir zaman. Ada 3 permintaan dan 1 telah ditolak oleh Allah yakni meminta supaya umat Islam bersatu. Satu lagi hadis yang manarik minat aku kaumnya tidak akan tersesat selagu berpegang kepada dua perkara. Alquran dan Al sunnah. Jadi aku jangkakan itulah tunjang kejayaan Islam nanti.
Kita selalu mendengar bahawa pihak musuh yang sentiasa mencari peluang bagi menjahanamkan orang -orang Islam melalui secara terrang-terangan atau secara halus-halusan. Mereka yang mampu dikalahkan melalui hiburan dan keseronokan maka ditambahkan lagi keseronokan itu Menjadikan kita lalai dan rosak binasa... Yang tak boleh dilakukan begitu maka diperangi secara terang-terangan dengan membina slogan berperang untuk keamanan sejagat.
Allah sahaja yang dapat menyelamatkan kita nanti. Suatu hari nanti akan berlakulah suatu perubahan yang tak terjangkau oleh fikiran manusia bagi mengembalikan kegemilangan Islam. Aku rindukan saat itu. Sebab aku sentiasa memikirkan kaedah-kaedah yang dapat menyelamatkan umat Islam Walaupun aku bukannya seorang penyelamat... dan aku pun tak tahu samada aku selamat atau tidak..
Wednesday, September 19, 2007
Jom Memeriahkan Masjid

"jangan lupa kau ajak diaorang jemaah kat masjid" SMS Bapa Saudaraku
Adus... bunyi macam senang.., aku pun reply
"Tak mampu nak tulis artikel yang memboleh mereka berminat pergi masjid"
"Kat masjid baru islam kuat,Tak pe, biar kita yang jahil nih lah pergi masjid, semoga niat kita diredhai Allah, Insyaallah" Tambahnya lagi..
Apa aku nak buat, aku tak de ilmu nak menarik minat orang supaya sukakan masjid.., rasa seronok duduk kat masjid.., rasa seronok solat jemaah kat masjid...,
Apa yang aku boleh cakap duduk kat masjid memang seronok, Aku pun bermula sebagai seorang yang tidak rasa selesa duduk kat masjid, rasa macam masjid tu telah mengongkong kebebasan aku.., Rasa macam lemas berada kat sana.., Tapi bila aku mula mengenali masjid baru aku tahu tak de sape pun kacau kita kat masjid.., kita lebih rasa damai..., ruangan yang luas jadi pengudaraan yang mencukupi supaya badan kita rasa segar.., Boleh membaca, boleh berfikir, boleh mencari ilham..., Kadang kadang ada kuliah..., ianya lebih indah dari cerita spiderman kat wayang...,
Solat kat rumah sorang-sorang kita akan sediakan suatu ruang kecil disatu sudut, Tak berapa selesa jauh lebih selesa bila kita berada di masjid.., Apa lagi yang boleh aku kata yang menarik kengkawan yang tak rajin pergi ke masjid supaya suka pergi masjid...,,, Sesuatu perasaan yang tak mampu di lafazkan...,,, Mungkin ada orang yang mampu menterjemahkan keseronokan duduk dimasjid bagi membolehkan kawan kawan kita duduk dimasjid. Aku cuma masukkan satu yang aku dapat dari blog kereta mayat. ini dia
p/s: Credit untuk kereta mayat..,
Adus... bunyi macam senang.., aku pun reply
"Tak mampu nak tulis artikel yang memboleh mereka berminat pergi masjid"
"Kat masjid baru islam kuat,Tak pe, biar kita yang jahil nih lah pergi masjid, semoga niat kita diredhai Allah, Insyaallah" Tambahnya lagi..
Apa aku nak buat, aku tak de ilmu nak menarik minat orang supaya sukakan masjid.., rasa seronok duduk kat masjid.., rasa seronok solat jemaah kat masjid...,
Apa yang aku boleh cakap duduk kat masjid memang seronok, Aku pun bermula sebagai seorang yang tidak rasa selesa duduk kat masjid, rasa macam masjid tu telah mengongkong kebebasan aku.., Rasa macam lemas berada kat sana.., Tapi bila aku mula mengenali masjid baru aku tahu tak de sape pun kacau kita kat masjid.., kita lebih rasa damai..., ruangan yang luas jadi pengudaraan yang mencukupi supaya badan kita rasa segar.., Boleh membaca, boleh berfikir, boleh mencari ilham..., Kadang kadang ada kuliah..., ianya lebih indah dari cerita spiderman kat wayang...,
Solat kat rumah sorang-sorang kita akan sediakan suatu ruang kecil disatu sudut, Tak berapa selesa jauh lebih selesa bila kita berada di masjid.., Apa lagi yang boleh aku kata yang menarik kengkawan yang tak rajin pergi ke masjid supaya suka pergi masjid...,,, Sesuatu perasaan yang tak mampu di lafazkan...,,, Mungkin ada orang yang mampu menterjemahkan keseronokan duduk dimasjid bagi membolehkan kawan kawan kita duduk dimasjid. Aku cuma masukkan satu yang aku dapat dari blog kereta mayat. ini dia
p/s: Credit untuk kereta mayat..,
Tuesday, September 18, 2007
Diri Ini (Siri II)
Beberapa orang yang ada disekelilingku memberitahu yang aku ni jenis yang tak makan saman, orang dah beritahu dan dah nasihatkan supaya jangan lakukan aku tetap jugak lakukan. Dan aku nampak kesannya nanti dan aku tetap akan teruskan dan keputusan akhirnya kadang kadang sepertimana yang sahabat itu jangkakan. Yang sedihnya orang yang tolong bagi nasihat pun terlibat sama terlibat. Sahabat sahabat yang okey dia akan membantu yang tak ianya akan merungut....Aku masih ingat yang bapak sedara ku pernah beritahu aku yang dihadapan tu ada lubang tak boleh lalu. yang aku pulak yakin walaupun ada lubang tapi masih boleh lalu. Yang akhirnya aku jatuh lubang dan kemudian kita orang bersusah payah tapi tetap lepas keseberang. Sahabat aku cakap kalau ikut sana mesti lambat sampai sebab jalan sesak, aku pulak yakin walaupun jalan sesak masih lagi ada peluang sampai cepat yang akhirnya kawan tu merungut rungut sebab terlewat sampai ke office, Sampai tapi lewat. Sahabat aku pernah pesan isi minyak sekarang dah nak habis nanti kereta mati tengah jalan aku pulak yakin yang kereta tersebut masih lagi boleh berjalan sampai ke stesen minyak yang ada jauh di hadapan.Yang akhirnya kereta aku mati kat tengah jalan lalu kena telepon orang lain mintak tolong.

Ada jugak yang perbuatan perbuatan aku yang tak boleh di terima akal menyusahkan orang memeningkan orang tapi akhirnya selesai. Walaupun diaorang rasa was-was dan risau. tapi dia orang tengok aku konfiden je jadi dia orang rasa selamat.
Ia nya seumpama melalui satu laluan yang beronak berduri yang orang tak nak lalui, orang dah nasihatkan aku dan aku pun tahu halangan tu, nampak kat depan tu tetapi aku tetap akan lalui jugak dengan harapan yang akulah orang yang bernasib baik dapat melepasi ranjau tersebut.
Friday, September 7, 2007
Nilai
"Assalamualaikum bang"
"Kami dari yayasan ini... ini... ingin membuat kutipan derma .... untuk anak-anak yatim"
sambil menunjukkan surat2 dari yayasan berkenaan.
Aku tak cakap banyak aku bagi je seketul dua. tak luak pun.
" Terima kasih bang, semoga Allah mempermudahkan dan memanjangkan rezeki abang"
Budak tu pergi pulak bertanya dengan seorang pak cik yang berhampiran denganku.
"tak ade cara lain ke !"
berdesing telinga ku...
"Tak malu ke! "
" Orang bangsa asing tak buat macam nih !"
Pak Cik terus membebel...
Allah hu akhbar. Aku tahu macam mana rasa terhina nya budak budak tu di belasah begitu.
Selepas itu Seorang perempuan tua india berhampiran memanggil budak tu.
"Nak adik... ambik nih "
" Itu tara guna punya orang"
Orang asing pulak yang tahu menghargainya.
Kesian aku tengok budak budak tu.
Aku pergi lagi ke budak2 tu.
"Nah dik abang tambah lagi "
Tak lama tu aku mintak pulak butiran yayasan tersebut. Bertanya lebih kurang.
" Terima kasih bang, semoga Allah ........... ........... " Kata Adik itu di akhir perbualan.
" Semoga Adik juga memperolehi yang sama dari Allah"
p/s: Terima Kasih Allah dia atas kasih sayangmu. diatas segala rezeki yang kau telah berikan kepadaku selama ini.
"Kami dari yayasan ini... ini... ingin membuat kutipan derma .... untuk anak-anak yatim"
sambil menunjukkan surat2 dari yayasan berkenaan.
Aku tak cakap banyak aku bagi je seketul dua. tak luak pun.
" Terima kasih bang, semoga Allah mempermudahkan dan memanjangkan rezeki abang"
Budak tu pergi pulak bertanya dengan seorang pak cik yang berhampiran denganku.
"tak ade cara lain ke !"
berdesing telinga ku...
"Tak malu ke! "
" Orang bangsa asing tak buat macam nih !"
Pak Cik terus membebel...
Allah hu akhbar. Aku tahu macam mana rasa terhina nya budak budak tu di belasah begitu.
Selepas itu Seorang perempuan tua india berhampiran memanggil budak tu.
"Nak adik... ambik nih "
" Itu tara guna punya orang"
Orang asing pulak yang tahu menghargainya.
Kesian aku tengok budak budak tu.
Aku pergi lagi ke budak2 tu.
"Nah dik abang tambah lagi "
Tak lama tu aku mintak pulak butiran yayasan tersebut. Bertanya lebih kurang.
" Terima kasih bang, semoga Allah ........... ........... " Kata Adik itu di akhir perbualan.
" Semoga Adik juga memperolehi yang sama dari Allah"
p/s: Terima Kasih Allah dia atas kasih sayangmu. diatas segala rezeki yang kau telah berikan kepadaku selama ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)




