Sekali sekala aku singgah disini sambil melihat coretan-coretan teman-teman blogger yang tak pernah aku jumpa melainkan sedikit sahaja aku dapati kehebatan dan pengalaman masing-masing yang pelbagai dan banyak memberikan kesan kepadaku. Semoga Allah senantiasa memberikan rahmat dan berkat kepada mereka semua diatas keikhlasan mereka dalam mengkongsikan kisah-kisah yang cukup positif kepada ku. Alangkah indah nya sekiranya mereka yang di luar sana tahu apa yang teman-teman blogger ku ingin sampaikan kepada masyarakat seluruhnya. Bukan semua orang mampu berkongsikan pengalaman nya dalam bentuk tulisan kerana keistimewaan menulis itu tidak terdapat pada semua orang. Apa yang aku harapkan semoga kalian semua akan ditempatkan yang istimewa disisi Allah S.W.T. dan kekasihnya Rasulullah s.a.w.
Di Mana tempat ku nanti. Mungkin aku hanya dapat melihat kalian bergembira nanti kerana aku tahu kedudukan terlalu jauh daripada kalian semua. Dosa-dosa ku, segala kecacatan dalam imanku terlalu banyak. Apa yang aku harapkan hanyanya keampunan mu Ya Allah.
No comments:
Post a Comment