Powered By Blogger

Tuesday, February 26, 2008

Hmmmm2...............

Bismillahirahman nirahim.
Semalam ada seorang sahabat menunjukkan aku sebuah buku tulisan Dr. Hamka, "Tasauf moden". Apa itu tasauf pun aku tak pasti sangat tapi pada hari ni bila aku menyelak buku tu. ada beberapa perkara yang menarik perhatian aku. Pasal keluarga, kesihatan dan sebagainya. aku ni dah lah jenis tak rajin membaca. Dah berapa banyak buku yang aku beli lepas tu berselerak je kat dalam bilik tu. Yang abang yang menjual buku tu pulak selalu carik aku.Tengok abang tu kesian pulak, entah datang dari mana aku tak pasti, Tak pe lah beli je le. Pagi tadi bila aku bangun aku melihat diri aku ni punyalah jauh tersasar dari landasan. Kenapa le aku ni menjadi seorang yang tak bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan. Tapi ketika dalam kesusahan dahulu punya berusaha aku memohon agar dapat diperkuatkan diri ini. Bila dah stabil mula le jadi leka, mula le jadi huru hara semula. Blog pun dah lama tak masuk. Cita-cita tu dah tersasar. Dulu aku nak jadikan Blog ni ,macam library jadi bolehlah aku singgah link-link yang penuh dengan ilmu... tapi dah lari dah. Kurang berminat nak Bukak komputer. Main games tak pe...
Bila aku merenung kembali segala yang aku buat selama ini banyak melakukan banyak dosa dari mengumpulkan pahala. Lagi Lama aku hidup lagi banyak dosa. Sembahyang lima kali je sehari. Dosa pulak bertambah melambak-lambak tiap tiap hari. Neraka jugak akhirnya kehidupan aku nanti. Nauzubillah... Kena sudu panas pun aku dah tak tahan. Inikan pulak kena panas neraka tu. Yang sedihnya tak sedar-sedar jugak lagi tu. masih lagi dok melakukan kesalahan-sesalahan lagi .

Monday, February 4, 2008

Hmm....

Pagi tadi selepas solat subuh, dengan izin Allah s.w.t. yang memberikan ruang sedikit ruang kepadaku dan dapatlah aku membaca sedikit buku yang aku beli semalam "Hakikat Kehidupan Duniawi" Tulisan Harun Yahya. Ada suatu perkara yang menyentuh hati aku yang telah disebutkan oleh penulis dalam bab pengenalan. Ia memberitahu bahawa walaupun ramai orang mengaku bahawa alam semesta ini dijadikan oleh Allah,tetapi masih tidak memahami pengaruh dari kesan kebenaran tersebut terhadap kehidupan mereka. Masih lagi tidak tahu mensyukuri, masih mengengkari dan selengah-lengahkan suruhannya.

Dan disertai dengan Ayat Al Quran, yang bermaksud :

Dan sesungguhnya jika kamu bertanya kepada mereka,"Siapakah yang menciptakan langit dan Bumi?" tentu mereka akan menjawab; "Allah". Katakanlah " Sesungguhnya segala puji bagi Allah" tetapi kebanyakkan mereka tidak mengetahui. Surah Luqman ayat 25

Dan Sungguh jika kamu bertanya kepada mereka;" Siapakah yang menciptakan mereka,nescaya mereka menjawab "Allah", maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan (dari menyembah Allah)

Sedih betul bila memikirkan kenapa kita ini selalu lari (berpaling) dari Rahmat Allah. Ketika majlis ilmu diadakan, para malaikat akan turut serta didalam majlis ilmu tersebut dan mengerbangkan sayapnya dan pada ketika itu juga kita melarikan diri dari majlis tersebut kerana sibuk hal duniawi, berpaling daripada rahmatnya. ketika habis solat Jumaat kita berlumba-lumba keluar bagi menyambung urusan duniawi kita padahal ketika itu berapa banyak rahmat yang Allah taburkan selepas solat Jumaat. Kenapa kita tidak dapat merasai kemanisan, keharuman dan kenikmatan yang Allah s.w.t. taburkan kepada kita ini pada ketika itu. Kenapa keduniaan juga yang nak kita kejarkan itu padahal kita akan meninggalkan dunia untuk selama-lamanya nanti.