Powered By Blogger

Monday, November 26, 2007

Rezeki..

Semalam keadaan dipengkalan bot agak sunyi. Tak ramai orang yang berani turun ke laut semalam. Pagi Pagi tu aku perhatikan ade le 3, 4 buah bot je yang nak berlabuh. Aku tanya salah seorang sahabat ku. Dia kata hari ni air laut bergelombang jadi tak ramai yang nak turun, Yang turun pun tak ramai yang berani ke luar ke laut lepas.

Pukul 8.30 pagi kitaorang pun berlayar le ke tengah laut pergi Unjang yang selalu kitaorang pergi. Sampai-sampai je baling apallo tarik-tarik naik ikan selar. terbelit seribu apallo aku tu. Tengok sambutan menggalakan. tak la aku nak bukak simpulan apallo tu... ganti pulak dengan apallo baru,aku tukar batu yang agak besar. Tarik.. dapat lagi selar. simpul lagi. tukar lagi apallo baru. Tukar lagi batu yang lebih besar lagi. Baru jadik.., Kengkawan yang satu bot dengan aku tarik-tarik 8,9 ekor sekali naik.

Lepas tu Tak berhenti berhenti dok tarik ikan. Selar, cencaru, kembong. Bagi aku yang tahap amatur ni kira mewah dah ni dapat bawak balik ikan hampir satu tong. Walaupun aku tak berjaya nak menaik kan ikan bersaiz besar seperti ikan kaci, ikan tenggiri. Boleh tahan sampai 2 bulan ni tak payah beli ikan. Murah betul rezeki aku semalam, alhamdulillah...

Wednesday, November 14, 2007

Bila ilham nak Sampai???

Perbagai persidangan dah pun berlangsung. Ni pun dah dekat hujung tahun nih. Para jemaah haji dah pun bergerak ke tanah suci. Semoga dipernudahkan segalanya dan mendapat haji yang mabrul. Ada lebih kurang berapa puluh ribu tah aku tak sure. Aku dengar cerita tahun ni kuota nya tak ramai. dan dia orang ni akan balik tahun depan. January 2008. Wah payah nak dapat ilham nih.. berdengut gak kepala. Tapi apa apa hal keputusan kena buat jugak...

Tahun depan cabaran nya lebih besar. Informasi sekarang lebih mudah tersebar. Minda semakin terbuka. Keadaan semakin mendesak.

"Berani kerana benar... takut kerana salah. Kalah menang tu kan adat bertanding"

p/s: Apa punya cerita dah....