Powered By Blogger

Wednesday, March 26, 2008

Ke Kenyir....

Alhamdulillah dengan keizinannya dapat aku pergi ke Tasik Kenyir ketika cuti Maulidur Rasul. Perjalanan menaiki bot selama 4 jam setengah dapatlah aku melihat dan menikmati kebesaran ilahi. Ketika menghirup udara yang segar dan merasai air mineral yang tulen terasa kesegarannya. Walaupun ikan yang aku dapat hanya 2 ekor dan sebesar 2 jari berat pun tak sampai 200 gram tapi dari segi ketenangan, kedamaian disitulah tempatnya. 2 malam duduk didalam bot sambil mencuba nasib memancing ikan yang bermain-main dikeliling bot kalau dapat boleh le goreng. hehehe....

Tuesday, March 4, 2008

Tinggal Sedikit...

Diam tak diam. sedar tak sedar projek aku kat Slim river dekat nak siap. Setahun lebih aku kat sini untuk membantu menyiapkan kerja pembesaran jalan Lebuhraya Utara Selatan. Insya'alah dalam penghujung bulan empat ni maka tamat lah tugas-tugas utama di sini. Yang tinggal hanyalah kerja-kerja pemeliharaan dan penyelenggaraan. Lepas nih kemana hala tuju aku hanya Allah yang tahu. Aku mengharapkan kerja-kerja yang lebih menarik akan menanti diriku nanti.

Bagi kepada para sahabat yang sentiasa menggunakan lebuhraya tu. seribu kemaafan dari aku kerana banyak menyusahkan kau orang semua. Dah diaorang dah serahkan tugas kepada kau terpaksa le aku laksanakannya. Sehebat mana pun projek yang aku lakukan namun tak sehebat ciptaan Allah, Maafkanlah diri aku yang tak sempurna ini........

Tuesday, February 26, 2008

Hmmmm2...............

Bismillahirahman nirahim.
Semalam ada seorang sahabat menunjukkan aku sebuah buku tulisan Dr. Hamka, "Tasauf moden". Apa itu tasauf pun aku tak pasti sangat tapi pada hari ni bila aku menyelak buku tu. ada beberapa perkara yang menarik perhatian aku. Pasal keluarga, kesihatan dan sebagainya. aku ni dah lah jenis tak rajin membaca. Dah berapa banyak buku yang aku beli lepas tu berselerak je kat dalam bilik tu. Yang abang yang menjual buku tu pulak selalu carik aku.Tengok abang tu kesian pulak, entah datang dari mana aku tak pasti, Tak pe lah beli je le. Pagi tadi bila aku bangun aku melihat diri aku ni punyalah jauh tersasar dari landasan. Kenapa le aku ni menjadi seorang yang tak bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan. Tapi ketika dalam kesusahan dahulu punya berusaha aku memohon agar dapat diperkuatkan diri ini. Bila dah stabil mula le jadi leka, mula le jadi huru hara semula. Blog pun dah lama tak masuk. Cita-cita tu dah tersasar. Dulu aku nak jadikan Blog ni ,macam library jadi bolehlah aku singgah link-link yang penuh dengan ilmu... tapi dah lari dah. Kurang berminat nak Bukak komputer. Main games tak pe...
Bila aku merenung kembali segala yang aku buat selama ini banyak melakukan banyak dosa dari mengumpulkan pahala. Lagi Lama aku hidup lagi banyak dosa. Sembahyang lima kali je sehari. Dosa pulak bertambah melambak-lambak tiap tiap hari. Neraka jugak akhirnya kehidupan aku nanti. Nauzubillah... Kena sudu panas pun aku dah tak tahan. Inikan pulak kena panas neraka tu. Yang sedihnya tak sedar-sedar jugak lagi tu. masih lagi dok melakukan kesalahan-sesalahan lagi .

Monday, February 4, 2008

Hmm....

Pagi tadi selepas solat subuh, dengan izin Allah s.w.t. yang memberikan ruang sedikit ruang kepadaku dan dapatlah aku membaca sedikit buku yang aku beli semalam "Hakikat Kehidupan Duniawi" Tulisan Harun Yahya. Ada suatu perkara yang menyentuh hati aku yang telah disebutkan oleh penulis dalam bab pengenalan. Ia memberitahu bahawa walaupun ramai orang mengaku bahawa alam semesta ini dijadikan oleh Allah,tetapi masih tidak memahami pengaruh dari kesan kebenaran tersebut terhadap kehidupan mereka. Masih lagi tidak tahu mensyukuri, masih mengengkari dan selengah-lengahkan suruhannya.

Dan disertai dengan Ayat Al Quran, yang bermaksud :

Dan sesungguhnya jika kamu bertanya kepada mereka,"Siapakah yang menciptakan langit dan Bumi?" tentu mereka akan menjawab; "Allah". Katakanlah " Sesungguhnya segala puji bagi Allah" tetapi kebanyakkan mereka tidak mengetahui. Surah Luqman ayat 25

Dan Sungguh jika kamu bertanya kepada mereka;" Siapakah yang menciptakan mereka,nescaya mereka menjawab "Allah", maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan (dari menyembah Allah)

Sedih betul bila memikirkan kenapa kita ini selalu lari (berpaling) dari Rahmat Allah. Ketika majlis ilmu diadakan, para malaikat akan turut serta didalam majlis ilmu tersebut dan mengerbangkan sayapnya dan pada ketika itu juga kita melarikan diri dari majlis tersebut kerana sibuk hal duniawi, berpaling daripada rahmatnya. ketika habis solat Jumaat kita berlumba-lumba keluar bagi menyambung urusan duniawi kita padahal ketika itu berapa banyak rahmat yang Allah taburkan selepas solat Jumaat. Kenapa kita tidak dapat merasai kemanisan, keharuman dan kenikmatan yang Allah s.w.t. taburkan kepada kita ini pada ketika itu. Kenapa keduniaan juga yang nak kita kejarkan itu padahal kita akan meninggalkan dunia untuk selama-lamanya nanti.

Wednesday, January 23, 2008

Cahaya

Bismilahirahmannirahim..,

Apabila ada orang mintak aku terangkan apa ilmu yang aku dapat dalam kuliah ruhaniyyah baru-baru ini aku rasa serba-salah. Takut tersalah memberi penerangan. Kitab al-hikam -ibnu Ata'illah As Sakandari merupakan kitab yang cukup Hebat dan istimewa. Ia seumpama lautan Luas tidak akan kering yang didalamnya penuh dengan Khazanah yang tak ternilai harganya. Lagipun aku bukannya ahli yang boleh menjelaskan sebaik mungkin kitab tersebut.

Kali ini ia menceritakan tentang 'Nur'. Nur yang dicampakkan oleh Allah s.w.t. kedalam hati kita yang membuka dan menerangkan benda-benda yang samar-samar. yang menjadi tentera hati dan menjadi musuh tentera nafsu. Yang menjadi kenderaan hati yang membimbing kita hampir kepada Allah s.w.t. Cahaya yang mendidik mata hatinya(Basirah) dan melihat amalan semuanya kurnia daripada Allah s.w.t. dan bergembira dan sentiasa bersyukur keatas kurniaan itu.

Nasihat yang aku terima dari Kuliah tersebut Hendaklah kita bermohon kepada Allah s.w.t. agar mencampakkan nur itu kedalam hati kita. Sekiranya Allah mengkehendakinya dah tentu ia akan mencampakkan kepada sesiapa yang dikehendakinya(dikasihinya). Kita juga hendaklah memohon kepada Allah s.w.t. agarkan dicampakkan 'nur' sebanyak-banyaknya kepada kita dan apabila diperolehi hendaklah dijaga sebaik-baiknya agar ianya selama-lamanya kekal bercahaya kerana cahaya itu akan hilang jika kita tidak memeliharanya. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah s.w.t.

"Ya Allah, jadikanlah cahaya hatiku, cahaya dikuburku, cahaya dihadapanku, cahaya dibelakangku, cahaya dikananku, cahaya dikiriku, cahaya diatasku,cahaya dibawahku, cahaya pada pendengaranku, cahaya pada penglihatanku, cahaya pada rambutku, cahaya pada kulitku, cahaya pada dagingku, cahaya pada darahku,cahaya pada tulang-tulangku,Wahai tuhan besarkanlah bagi cahaya dan berikanlah bagi cahaya dan jadikanlah padaku cahaya dan tambahkan aku cahaya dan tambahkan aku cahaya."


Monday, January 21, 2008

Keistimewaan Jumaat

Setelah mendengar Kuliah tentang Adab-adab Jumaat yang disampaikan oleh Syekh Fahmi Zam-Zam terasa pulak bagusnya kalaulah hari Jumaat itu diistiharkan sebagai cuti umum tiap-tiap minggu menggantikan hari Ahad. jadi bolehlah kita memaksimumkan apa yang diunjurkan dari "hidayatus Salikin Fi Suluki Maslakil-Muttaqin". Aku akan cuba semampu mungkin untuk menuruti seberapa banyak yang boleh daripada dua puluh adab yang dinyatakan dalam kitab tu jika diberi kesempatan oleh Allah s.w.t. sebab menurut Imam al Ghazali rahimhullahu taala "Hari Jumaat tu satu hariraya daripada beberapa Hariraya sekelian mukminin, iaitu hari yang mulia, Penghulu segala Hari." (Yang ni aku tambah sendiri)

Walau bagaimanapun aku rasa kita semua berpeluang melakukannya sekali sebab tahun Baru Cina ni pada Hari Khamis dan Jumaat(7th-8th Feb 2008). Semoga Allah permudahkan. Kalau boleh kita mintak cuti pada hari Jumaat minggu depannya (15th Feb 2008) sebab waktu tu Insyaallah dijadualkan Ulama Besar Al-Habib Umar Al Hafidz akan datang ke Malaysia (Masjid Al Falah,Seksyen 9 Subang Jaya). Jadi boleh duduk kat Masjid Al Falah tu dari pagi sehinggalah ke malam (sampai tamat Majlis bersama Ulama Besar tu). Insyaallah boleh dapat Pahala seolah-olah menyembelih korban seekor unta atau Lembu atau Kambing biri-biri yang bertanduk (Sekiranya datang masjid Awal pagi), dapat Pahala Umrah (sekiranya menunggu sehingga solat Asar), dan dapat Pahala Haji dan Umrah (sekiranya menunggu sampai solat maghrib) lepas tu disambung pulak dengan Majlis bersama Ulama yang mana pada ketika itu Para malaikat juga turut serta di dalam majlis itu.

Jadual ziarah ulama besar tersebut klik disini

(Gambar sebelah di ambil dari Blog http://www.majelisrasulullah.org/ )

Saturday, January 19, 2008

Pembetulan


Dalam kuliah tafsir yang aku hadiri baru-baru ini (Surah Al-Furqan Ayat 63-67) yang menyentuh Hamba Allah yang soleh (Ibadu Rahman) iaitu :
1. Orang-orang yang berjalan dimuka bumi dengan tidak menyombong diri(Takabur)
2. Jika dia bertengkar dengan orang jahil, ia mengucapkan "selamat" dan tidak mahu membuang masa membantah dengan mereka.
3. Sentiasa bersujud di malam hari dan sembahyang kepada Allah.
4. Sentiasa memohon kepada Allah agar dihindarkan dari siksa neraka.
5. orang yang suka menafkahkan hartanya, tidak kikir dan tidak pula boros.

Dalam kuliah tersebut Ustaz ada menerangkan maksud "hamba" didalam tafsiran tersebut yang merujuk kepada istilah kemuliaan, kerana kita menjadi Hamba kepada Allah yang maha penyayang. Tetapi kalau istilah "Hamba" ni kalau merujuk kepada Hamba kepada manusia, dunia dan harta ia merupakan satu kehinaan. Jadi aku ingin merujuk kembali kepada posting aku yang lepas "Pekerti" yang menyatakan "Pesuruh" itu merujuk kepada martabat yang rendah. Ia rendah kepada mahluk tetapi sekiranya merujuk kepada "pesuruh kepada Allah" ialah satu kemuliaan bukannya kehinaan. Mohon maaf diatas pemikiran ku yang tidak sempurna itu.