Powered By Blogger

Friday, April 2, 2010

Ziarah Madinah


Alhamdulillah dengan keizinan Allah s.w.t. baru-baru aku telah di jemputnya untuk menunaikan umrah dan ziarah bagi mengucapkan selawat dan salam kepada kekasihnya baginda Rasullulah s.a.w. Tempat-tempat yang idaman setiap muslim untuk sampai ke sana.
Dan ketika aku mengunjungi masjid Nabawi yang penuh barakah yang mengandakan pahala sebanyak 1000 kali ganda itu ada keistimewaan yang lain yang dapat aku lihat. ketika berada di raudah dan berkesempatan beriktikaf di sana aku dapati berapa kecilnya masjid asal berbanding masjid sekarang. mungkin masjid lama hanya dapat menampung seramai beberapa ratus jemaah sahaja atau mungkin ribuan berbanding masjid sekarang yang mungkin dapat menampung ratusan ribu atau jutaan umat islam. Tetapi dengan jumlah jemaah yang hanya beberapa ribu itu mampu menakluk dunia berbanding dengan jumlah jemaah yang mempunyai berbilion sekarang.
Hebatnya mereka berbanding kita sekarang ini. selawat dan salam kepada rasulullah s.a.w. dan para sahabat rasulullah s.a.w. yang cukup hebat yang mengembangkan kalimah tauhid kepada umat manusia.

Saturday, January 9, 2010

Singgah le kejap...

Hm... assalamualaikum kembali persinggahan sementara. lama tul tak singgah sini. Aku pun tahu aku ni bukan le seorang yang istiqamah terhadap sesuatu... tu sebab le aku namakan blog ni persinggahan sementara.... sesekali aku teringat je barulah aku singgah ...

Hidup ku macam biasa... kejap turun kejap naik... Apa yang menarik aku nak cerita hari ni eh...
Oh Ya.... Semalam tadi Aku dapat ijazah...!!!!!
Dapat Ijazah dalam membaca Umul Kitab...., Alfatihah.... (mengikut qiraat yang 7 dan bersanad)
Ijazah yang di anugerahkan dari Ustaz Sufian Nur Albanjari al makki...,
adik kepada Sheikh Nuruddin. (click le kat sini )

Belia juga menasihati kami agar menghidupkan majlis ta`lim dirumah agar dapat membentuk rumah yang diterangi oleh cahaya Nur. Semoga Ustaz sufian nur akan dapat selalu hadir di Malaysia ini dan dapat membimbing kami yang sentiasa dalam keadaan yang teraba-raba ini.

Sunday, June 14, 2009

Kelakarlah pulak.

Tiba-tiba aku terjumpa sesuatu dan aku ingat kongsikan di sini.

Click disini


Tapi dia ambil masa sikit untuk loading. Terserah kepada anda untuk menilainya.

Teringat sesuatu

Malam kemarin aku pergi makan KFC dengan anakku. Sesuatu yang menarik berlaku di situ. Terhibur jugak hati ini bila aku terpaksa berkomunikasi dengan dengan penjual yang bisu. Walaupun bisu tetapi dia tetap memberikan perkhidmatan yang baik.
Kejadian tersebut mengingatkan aku apa yang terjadi minggu lepas dimana aku pergi bercuti ditempat zaujatiku outstation. Ketika itu aku bertemu pulak dengan sekumpulan orang yang buta penglihatan tetapi professional dalam menawarkan urutan reflexology. Ketika itu mereka tengah membuat promosi berdekatan dengan Star Buck bersebelahan Hotel U tune. Hotel yang kaler merah tu. walaupun ketika aku di sana orang tak ramai tapi aku kagum dengan diaorang. Sempat jugak le aku berurut dan beramah mesra dengan diaorang.Khabar nye promosi tu sampai 20 haribulan. Jadi sesiapa yang gi jalan-jalan ke Penang tu boleh le test.
Tahniah kepada badan badan yang prihatin dengan mereka-mereka ini. Mereka memberikan pancing kepada orang-orang kurang upaya ini.

Friday, June 12, 2009

Untuk Diriku

Hari ni aku pergi awal ke masjid untuk Jumaat. Sampai di sana ade lah dengar taskirah sedikit sempena nak menghampiri bulan rejab ni dan segala amalan yang elok di lakukan pada bulan- bulan tersebut. selepas habis sholat jumaat aku pun keluar makan.
Ketika ini aku terfikir pulak ape lah nak jadi dengan aku ni.
Aku boleh berdiri di padang kawad selama 2 jam ketika menantikan kehadiran Sultan dalam keadaan yang segak tetapi aku tak mampu nak kusyuk ketika imam membaca al-fatihah dan ayat-ayat lazim dalam sholat.
Aku mampu menonton wayang selama 2,3 jam dalam keadaan kusyuk tetapi tak mampu kusyuk apabila mendengar taskirah dan kutbah jumaat.
Aku mampu duduk lama selepas menikmati juadah makanan tetapi aku tak mampu nak duduk lama dalam masjid selepas menunaikan sholat.
Teruk betul aku nih. Kerana tak dapat merasai nikmat beribadat.

Thursday, June 11, 2009

Hari yang Pendek

Malam ni aku sendirian di rumah, berjauhan dengan zaujati ku. Dia kena outstation 3 minggu. jadi bujang kejap le aku. Apa yang aku nak buat ye. Aku rasa nak baca le sikit buku yang aku beli hari nih. Buku tentang "Roh" oleh Ibnul Qayyim yang diterjemahkan Syed Ahmad Semait.
Memang kat office aku tu dua tiga bulan sekali ade seorang pak cik tu bawak buku untuk dijual. Dan selalu nya aku le yang tukang beli. Bukan ape nak membayar penat lelah pak cik tu. Tapi aku memang banyak berterima kasih dengan pak cik tu disebabkan dia maka aku banyak kenal dengan ilmuan islam. Kalau aku pegi kedai buku tak sampai selalunya kat bahagian bab-bab buku agama nih. selalu sangkut kat bahagian novel je. Tak pe le tak lama lagi berlibrary le rumah aku dengan buku-buku.

Sunday, May 3, 2009

Sekejap disini

Dengan izin Alah s.w.t. hari ini dapatlah aku pergi ke kuliah Ustaz Sheikh Fahmi Zam-Zam sambungan kitab Sairus Salikin. Hari ni sambungan bab Sholat. Best jugak ilmu yang di terima hari ni. Tapi aku ni memang jenis yang lemah ni. Berapa kali tah aku nyaris nak tertidur bila mendengar kuliahnya itu. Tapi malam tadi bila tengok VCD besor pulak mata aku.
Minggu depan ada kuliah lagi pada 1o haribulan lepas tu 16 dan 17 haribulan ada lagi sambungan nya. Aku nak ucapkan jutaan terima kasih kat Ustaz Sheikh Fahmi yang betul-betul meluangkan masanya untuk kitaorang yang serba kekurangan ini. Setahu aku Ustaz ni ada bukak Sekolah kat Kalimantan tapi masih lagi dapat meluangkan masanya untuk kitaorang. Sambutan kuliah hari ni memang hebat sampaikan nasik bungkus yang selalu dijamu tu makin tak cukup. Lepas nih rasanya Masjid Al Falah kena keluar modal lebih le nak jamu kitaorang nih. hehehe...............