Powered By Blogger

Friday, May 30, 2008

Dunia (Kisah sedih Khalifah Ali r.a.)


Selepas kegemilangan Islam berlaku pada zaman Khalifah Usman. Maka ketika zaman Khalifah Ali r.a. maka perpecahan dalam Islam timbul. Tipu muslihat digunakan bagi mendapatkan kedudukan dalam pemerintahan sehinggakan Kitab suci Al quran digunakan sebagai satu jalan muslihat demi kepentingan dan menyebabkan perpecahan dalam perpaduan Islam ketika itu. Bagaimana tipu daya Muai'wiyah dan Amru Al Ash telah menyebabkan Khalifah Ali r.a. tidak senang duduk dalam pentadbiran Islam. Terlalu sibuk dalam memperbaiki politik negara yang agak kucar kacir. ketika itu terlalu ramai sangat orang memberikan pendapat dan desakan-desakan dan pemeberontakkan kaum khawarij. Yang akhirnya Khalifah Ali r.a. dipersalahkan dan di bunuh. Rasa geram, terharu timbul dalam hati melihat manusia membuat pelbagai helah demi kepentingan dan kedudukan dalam politik.

Alangkah hodoh dan buruknya Dunia yang di lihat indah ini.
(Berkata Ali kepada Dunia " Mengapa engkau datang memperdayaiku?, Mengapa engkau datang untuk memikat ku?, Jauh Panggang dari Api, aku tidak akan terpengaruh kepadamu. Perdayailah selainku! Pengaruhilah selainku! Aku telah talakmu tiga. Usiamu pendek. Duduk denganmu membawa bencana, dan bahayamu dimana-mana. Aduh! Aduh dari kurangnya bekalan, dan masih jauh pula tempat penujuan, sedang yang mengganggu gugat penuh dalam perjalanan.")

"Jangan kamu meninggalkan amal makruf dan nahi mungkar, sehingga nanti akan berkuasa orang yang jahat di antara kamu, dan kerana itu bila kamu memohon kepada Allah, tiada lagi akan dikabulkan buat kamu oleh Allah." - Wasiat Khalifah Ali r.a.

Rujukan- Sepuluh orang yang di jamin Masuk Syurga-Susunan Syed Ahmad Semait

Tuesday, May 20, 2008

Thursday, May 15, 2008

Boring......


Selepas dah bercuti lama tempohari bila start balik kerja nih rasa boring le pulak. Kerja aku kat Slim River tu pun dah kira habis dah. Dah seminggu dah aku tak tau nak buat apa kat opis nih. Tak pe tak pe. Nanti aku develop semula semangat aku. nanti aku buat perancangan yang bukan-bukan bagi memenuhi masa lapang aku nih. Tapi aku bukak Youtube lagu "Ungu- Andai Ku Tahu". Member aku le, nak buat permintaan pulak dari aku supaya aku bawak lagu nih. (hehehe.....) macam 'pro'.

Jadi aku rasa dah tiba masanya aku aktif semula lah kot kat blog nih. Maklumlah tu hari sibuk sangat, La ni... okey dah... Boleh le start menyibuk balik kat blog. Sementara menunggu assignment aku yang seterusnya.
Kepada kengkawan, teman-teman dan sedara-sedara baru. Terima Kasih bebanyak...

Wednesday, April 2, 2008



Terasa menarik je cerita nih. Rasa nak tengok pulak.

Tut tut.....

Aku dapat rasakan diri aku ni kadang-kadang dah jauh tersasar dari jalan yang sepatutnya aku lalui. Lama dah aku terlupa tentang nikmat yang telah Allah kurniaankan kepadaku. Dimana perginya rasa kesyukuran aku terhadap yang maha esa. Kesilapan demi kesilapan telah aku lakukan menyebabkan aku menjadi bertambah lalai. Baru-baru ni aku dapat email yang mengandungi qasidah-qasidah dari al jenderami, tempat yang selalu aku dengar tapi tak berpeluang nak pergi lagi. Semoga ia dapat memulihkan semangat aku kembali. Dan aku nak share dengan kau orang semua. Nanti lah kalau ade rezeki aku nak gi kat situ satu hari nanti.

Wednesday, March 26, 2008

Ke Kenyir....

Alhamdulillah dengan keizinannya dapat aku pergi ke Tasik Kenyir ketika cuti Maulidur Rasul. Perjalanan menaiki bot selama 4 jam setengah dapatlah aku melihat dan menikmati kebesaran ilahi. Ketika menghirup udara yang segar dan merasai air mineral yang tulen terasa kesegarannya. Walaupun ikan yang aku dapat hanya 2 ekor dan sebesar 2 jari berat pun tak sampai 200 gram tapi dari segi ketenangan, kedamaian disitulah tempatnya. 2 malam duduk didalam bot sambil mencuba nasib memancing ikan yang bermain-main dikeliling bot kalau dapat boleh le goreng. hehehe....

Tuesday, March 4, 2008

Tinggal Sedikit...

Diam tak diam. sedar tak sedar projek aku kat Slim river dekat nak siap. Setahun lebih aku kat sini untuk membantu menyiapkan kerja pembesaran jalan Lebuhraya Utara Selatan. Insya'alah dalam penghujung bulan empat ni maka tamat lah tugas-tugas utama di sini. Yang tinggal hanyalah kerja-kerja pemeliharaan dan penyelenggaraan. Lepas nih kemana hala tuju aku hanya Allah yang tahu. Aku mengharapkan kerja-kerja yang lebih menarik akan menanti diriku nanti.

Bagi kepada para sahabat yang sentiasa menggunakan lebuhraya tu. seribu kemaafan dari aku kerana banyak menyusahkan kau orang semua. Dah diaorang dah serahkan tugas kepada kau terpaksa le aku laksanakannya. Sehebat mana pun projek yang aku lakukan namun tak sehebat ciptaan Allah, Maafkanlah diri aku yang tak sempurna ini........