Powered By Blogger

Saturday, August 25, 2007

Kehadiran Habib Munzir

Assalamualaikum wbt...,

Tiba - tiba hati ku ingin turut serta majlis ilmu yang diwar-warkan oleh blog al-fanshuri dan Majlis ilmu. Habib Munzir datang dari Jakarta Indonesia.

Majlis yang penuh dengan keberkatan dimulakan dengan bacaan al-quran surah al-mulk, lepas tu pulak bacaan maulid, mendengar qasidah-qasidah dan berkesempatan mendengar ceramahnya. Dia menceritakan tentang kekasih kita Rasulullah s.a.w. Kita perlu menyayangi nya lebih daripada Makhluk makhluk yang lain. Sebab kita memerlukan syafaatnya.

Patutlah aku rasa rindu sangat dengan Rasullulah s.a.w semalam, rupanya malam tu aku telah berpeluang untuk mengenali Rasullulah dengan lebih dekat lagi.

Nanti ada lagi majlis ilmu lain pulak. Sheikh Nurrudin Marbu. detail rujuk kat blog yang aku sebut tadi. Aku pun nak pergi jugak kot. Kalau aku rajin boleh pergi sampai kedah. Malas sikit pergi kat perak. Kalau malas sangat aku pergi kat Selangor. Kalau tahap malas betul aku duk rumah je tengok t.v. hehehe.......

p/s: Credit kepada blog yang saya sebutkan kat atas tadi (Al-fanshuri dan Majlis ilmu). Terima Kasih Banyak2...

Friday, August 24, 2007

Rindu

Tiba tiba aku rasa rindu sangat dengan Rasulullah s.a.w.

Terima Kasih kepada kumpulan Raihan kerana menimbulkan rasa rinduku kepadanya.

Wednesday, August 22, 2007

Jogging

Assalamualaikum...,
Lama betul dah aku tak lakukan aktiviti riadah ni. Maklumlah sibuk beramal pada bulan Rejab (Ceh.. macam bagus) tambahan pula aktiviti ke laut pergi menangkap ikan, sotong dan lain-lain.

Bulan Syaban ni patutnya aku tingkatkan lagi usaha sebab Rasullulah s.a.w. rajin berpuasa pada bulan ni tetapi apa nak buat, pada ketika ini roda hidup aku berada dalam kedudukan agak rendah sedikit asyik berperang dengan diri sendiri je. Insyaallah aku cuba usahakan bahawa agar bulan syaban ini lebih baik dari bulan rejab lepas. Kalau tak tahun ni tahun depan pulak aku cuba, itupun kalau aku panjang umur.

Bila dah lama tak jogging ni mulalah dia nak gatal seluruh anggota badan tu. Peha gatal, perut gatal, betis gatal, punggung gatal pinggang gatal, semuanya gatallah. Aku rasa liang pepeluhan tu dah tersumbat kot. Tu yang habis semua gatal tu. Tapi dah dapat balik tempo dia peh.., mula mula 1km, lepas tu 2km, 4km, 8km. Lepas tu boleh dah masuk half marathon la pulak bila dah fit balik nanti. Hehehe…. Aku harap aku boleh buat semula, Hari ni aku jogging dapat 1km. Aktiviti ni kalau di buat hari-hari kira hebatlah tapi sebagai seorang yang berkerjaya kalau dapat 3 kali seminggu pun dah kira alhamdulilah. Tak payah lama pun satu sesi dapat jogging selama 20 minit pun okey.


Tapi aku lebih mengimpikan aktiviti yang menggunakan basikal. Aku nak berbasikal sampai ke Siam, Burma, Vietnam senang cerita ke seluruh Asia Tenggara lah. Tapi aku belum lagi memiliki basikal. Insyaallah, Mana tahu Allah s.w.t. permudahkan impian aku ni. Dapat melihat dan menikmati keindahan ciptaannya.

Thursday, August 16, 2007

My Hero


Tiba tiba je aku rasa rindu sangat dengan anak aku ni. "Sayang Ayah" agaknya macam mana keadaan dia sekarang ni ya. Tak pa ayah tahu anak ayah sihat, anak ayah kuat, ibu jaga dia baik-baik. Hari ahad nanti Insyaallah kita pergi jalan-jalan ya.

"Sayang Ayah nak pergi mana."
"Nak mandi sungai ?"
"Nak pergi rumah Pah?"
"Nak jumpa Kimi ?"
"Nak tengok CD Power Rangers, CD Barney?"
"Nanti ayah usahakan"

Rindu nak peluk hero ayah ni.
Nak pergi makan KFC atau McD dengan hero ayah ni.
Nak main badminton,
Main bola sepak.
Teruk ayah ni ye.
Sekali sekala je ayah ada.

Monday, August 13, 2007

Diri Ini

Aku merenung ke cermin.....,
Aku melihat wajahku....,
Aku melihat mataku....,

Aku melihat tanganku....,

Aku melihat badanku...,
Aku melihat apa yang ada pada tubuhku.

Ini semua hanyalah pinjaman
Yang harus dipulangkan.


Jadi yang mana satukah dari diriku ini
Yang akan berada di sana nanti.

Yang menyaksikan Timbangan.
Yang melalui Titian,
Yang bakal menerima Azab.
Yang bakal menerima Nikmat.

Wednesday, August 8, 2007

Khalid Al Walid



"Saifullah" atau Pedang Tuhan gelaran yang di berikan kepada pahlawan ini. Khalifah Abu Bakar pernah berkata "Tiada lagi wanita yang dapat melahirkan anak seperti Khalid Al Walid"

Pada mulanya ia menentang islam dan atas kebijaksanaan dialah tentera Islam telah dikalahkan dalam perang Uhud.

Keislamannya membuka lembaran baru dalam sejarah Islam bermula dengan perang dengan tentera Rom yang mana ianya hanyalah tentera biasa dalam pasukan islam. Peperangan berat sebelah 200,000 tentera Rom melawan 3,000 tentera Islam.

Mengalir air mata aku dimana 3 pahlawan serangkai yan dilantik menjadi pemimpin perang oleh Khalifah Abu Bakar As-Siddiq iaitu Zaid bin Harithah, Jaafar bin Abu Talib dan Abdullah bin Rawahah mati syahid ketika mempertahankan panji panji islam sebelum ianya di ambil alih oleh Khalid al Walid dan akhirnya ia berjaya memperdayakan musuh walaupun ketika itu Islam tidak dapat mencapai kemenangan mutlak.

Dengar kata-kata nya yang mengerun kan musuh " ......... kami lebih sukakan kematian sebagaimana kamu sukakan kehidupan" pasti mengerunkan pihak lawan bila mendengar pasukanya hadir dalam mana peperangan.

Kemahsyurannya ketika memimpin tentera islam dalam memerangi orang orang yang mengaku Nabi dan dilanjutkan sehingga menjelajah kerajaan Parsi sepertimana yang pernah yang diberitakan oleh Rasullulah s.a.w. Kerajaan Parsi pasti akan dibinasakan oleh Tuhan dan cahaya islam akan menyinar sehingga ke Rom.

Dia berjaya mengislamkan pahlawan Rom "Gergorius Theodorus" ketika peperangan di Yarmuk. Tidak lama selepas di islamkan Gergorious mati syahid ketika membantu islam dalam peperangan yang sama. Sekali lagi air mataku menitis.

Kerinduan nya memburu Syahid tidak pernah luput sehingga ia menyertai 100 peperangan, sehingga setiap inci disentuhi oleh mata tombak , pedang dan panah tetapi ajalnya tetap bukan dimedan peperangan.


p/s: Credit untuk Penulis Abdul Latif Talib dan Avicienna. Avicienna, saya doakan anda menjadi ahli perniagaan yang berjaya dan pendakwah muslim yang sejati seperti mana yang anda impikan.

Maklumat lebih lanjut anda boleh link ke sini dan juga sini

Tuesday, August 7, 2007


Kamu dilahirkan ibumu dalam keadaan menangis dan menjerit, sementara manusia tertawa bahagia.


Maka berusahalah agar ketika hari kematianmu mereka menangis, sementara dirimu tersenyum bahagia