Powered By Blogger

Sunday, April 19, 2009

Preezent

Kadang-kadang tu bila aku pergi mengaji kadang-kadang kena 'smash' dengan ustaz atau tuan guru hidup sebagai seorang islam dah lama dah. 40 tahun, 50 tahun. tapi masih lagi tak rethi mengaji Al Quran dan tak tahu apa maknanya. Entah le, dah selalu jugak aku cuba ingatkan makna apa yang aku baca tak lekat-lekat lagi. Bacaan dalam sholat tu pun masih lagi tak hafal. kalau bab ilmu dunia rasa macam senang aje dan mudah pulak tu masuk. Jadi agak-agaknya kita bila mengaji nih guna otak belah kanan ke belah kiri ni. Tu hari isteri aku bagi semangat lagi, bagi pulak kamus bahasa arab lepas tu cuba pulak carikkan kuliah-kuliah mempelajari bahasa arab untuk aku nih. Baru baru nih dia belikan syaamil Al Quran dan di hadiahkan kat aku agar terang hati aku nih dalam menerima ilmu al quran ni. Lawa pulak tu. Moga-moga lepas nih aku bertambah rajin membukak syaamil ni dan memahaminya. Terima kasih "Zaujati"ku



Friday, April 17, 2009

Semalam yang Panjang

Malam tadi aku dan teman serumah ku bersembang tentang pengalaman hidup masing-masing. Penuh dengan onak, duri dan berliku. Sejak mulanya dari zaman belajar, bekerja dan berumah tangga. Akhirnya kami sama-sama bersetuju yang setiap perjalanan yang telah kita lalui adalah kehendak Ilahi. Dan Kami sama-sama bersyukur terhadap apa yang Allah anugerahkan kepada kita walaupun kehidupan kami tidaklah semewah Bill Gates.
Sebelum tu kita orang ada berjumpa seorang lagi teman yang bermula dalam kehidupan yang susah dengan izin Allah akhirnya dia berjaya dalam hidup dalam mendapatkan kemewahan dunia. Walaupun sekarang hidupnya mewah tetapi dia sentiasa sahaja dibayangi bahaya orang-orang yang iring hati dengan kemewahannya yang ingin merampas kemewahannya. Dan dirinya sentiasa dalam keadaan tidak selesa dan katakutan. Jadi apelah nikmatnya kemewahan dunia ini.
Dalam Kesunyian malam tadi, aku membuka buku tulisan Harun Yahya menceritakan bahawa kehidupan dan kemasyuran kita dalam dunia ini hanyalah bersifat sementara. Kita akan menjadi semakin tua dan menjadi semakin lemah dan akhirnya meninggalkan dunia yang sementara ini. Jadi tak perlu le kita mengejarkan kemewahan yang bersifat sementara itu sebab kita tidak mampu menikmatinya dalam tempoh masa yang lama. Akhirnya kita akan meninggalkannya. Yang kita bawa hanyalah sehelai kain putih yang nipis yang meliputi badan dan akhirnya kain itu akan reput didalam tanah. kulit dan anggota tubuh kita juga akan hancur di mamah bumi. Tinggallah tulang belulang kita yang tidak lagi bernyawa.

" Ya Allah aku mohon redhamu, aku mohon keampunanmu, aku mohon simpatimu, aku mohon kasih sayangmu, Pandanglah kami yang kerdil ini. Ampunilah kami yang lemah ini. kami tidak berdaya tanpamu. jangan kami dibebani kemewahan yang akan menyebabkan kami lalai daripadamu.janganlah kami dibelenggu kemiskinan yang menyebabkan kami tidak mengharapkanmu. Sesungguhnya kau yang maha pengasih, penyayang lagi maha pengampun."

Monday, April 13, 2009

Rintitan

Permulaan minggu yang baru bermula semula. "Monday Blues" sepertimana yang biasa orang katakan. Macam biasa kebanyakan orang masih tercarik-carik macam mana nak memulakan minggu baru. Sekarang ni pun office aku agak sunyi dah. Semenjak projek ini dah siap dan sekarang tengah membuat final touching up staff berkurangan sedikit demi sedikit. Tak lama lagi aku pulak yang akan meninggalkan bandar tanjung malim ini. Bila?? Tunggulah kalau ade rezeki kat tempat lain pulak( projek baru). Apa yang aku dapat kat sini??adalah serba sedikit pengalaman baru untuk dibawa ke tempat baru nanti.

Keadaan sekarang semakin mencabar. Semakin hebat untuk kita perlu bersaing. itulah yang kita kena hadapi selagi kita ni hidup. Selagi kita masih bernafas.

Friday, April 10, 2009

Selamat hari Lahir Anak ku.

Dah pukul 11 malam dah. Irfan tak tidur lagi tu. Dok layan astro channel 613. Yang lain-lain semua dah tidur dah. mama irfan pun dah beritahu jap lagi dia nak tidur. Rasa tenang pulak malam ni, siang tadi rasa macam nak migrain le aku. Lemas melayan kerja-kerja yang melambak hari nih.

Tak pe le. Janji ni aku dapat berpeluang dengan irfan lagi. Hari ni hari lahir dia pulak. Selamat hari Lahir sayang ayah. Ulang tahun yang ke 6. Semoga menjadi seorang lebih tabah dan menjadi insan yang lebih hebat.

Thursday, October 23, 2008

Ahhh.....!!!!!!

Dalam mencari sinar yang telahpun kelam selama ini membuat aku dalam di lema. berita- berita yang disiarkan pada waktu perdana begitu memualkan menyebabkan aku terasa tidak ade nikmat lagi di sini. Berita yang dipaparkan tidak seperti berita dahulu kala yang banyak membentuk keperibadian orang ramai, tiada lagi penerangan yang dapat kita hargai bagi menghargai di tanah air kita ini. Ketika ini segala berita yang disampaikan menimbulkan kecelaruan. Kecelaruan yang amat sangat.

Walau apapun perbalahan yang berlaku di dalam dewan sana aku tak perlu tahu, cukuplah sekadar tahu samada keputusan akhirnya nanti adakah ianya memberi manfaat atau mudarat kepada kita semua. Dan dari situ kita dapat menilainya adakah keputusannya itu nanti akan kita nikmati atau kita sengsarai.

Tuesday, September 23, 2008

Kembali Singgah


Assalamualaikum............,,

Waaaaa........... lama dah tak singgah kat sini. Nak jenguk kawan-kawan se blog yang tak pernah aku jumpa. Fuh yooo.... sekarang nih blog makin mengancam dah. Dah macam macam style yang ade,,,, Aku le yang ketinggalan. Malas ya amat aku sejak akhir-akhir nih.... Syahdish... syahdish.....

Aku sebenarnya rasa sedih gak blog aku tak sebagus geng-geng yang lain, Ye le kadang-kadang aku nih bengap jugak dalam bab-bab menulis nih. Pulak lama tak membaca..., Asyik dok main games je (Syh....!!! senyap-senyap.... nanti kantoi)

Apa yang harus aku buat sekarang ye.... Bulan Puasa dah nak habis. Kerja pun dah habis gak.... Dok tercongok menanti projek baru dalam keadaan ekonomi yan g tak berapa mengancam nih..., Kes politik sekarang nih lagi buat aku sakit kepala.............,,, Tak tahu le berapa lama pahat pahat tu nak berbunyi... kot merdu tak pe gak... sumbang ya amat.... ,menakutkan...

Tapi dalam bulan October ni sibuk sikit. byk akitiviti le yang ade..., yang tu nak bertunang, yang ini nak kahwin, yang sane tu nak buat open house.... orang yang ade kat sini nak pergi MEMANCING... hehehe.....

Ape ape hal aku nak ucapkan Selamat hari raya Aidil Fitri kepada kengkawan semua yang mana lalu kat sini. mane mane kengkawan yang kenal aku....

p/s: gambar atas tu kredit kat http://tolahah.fotopages.com/?entry=1314633

Saturday, July 5, 2008

Kesungguhan

Seronok pula bila membaca akhbar Utusan Malaysia hari ini, Dua beradik OKU dapat masuk Universiti Kebangsaan malaysia (UKM). Pesara berusia 71 tahun dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia (USM). Tahniah atas kesungguhan masing-masing. Rasa nak sambung belajar pulak rasanya...

Hehehe....